Khairy jawab Puad Zarkashi – UMNO bukan milik pemimpin tertinggi saja, ahli berhak minta penjelasan ROS

“Adakah UMNO hanya milik pemimpin tertinggi? UMNO milik semua ahlinya. Mana-mana ahli boleh meminta penjelasan ROS” – Khairy Jamaluddin. Sumber (gambar): Fail TTF

خيري جواب ڤواد زركاشي – امنو بوكن ميليق ڤميمڤين ترتيڠڬي ساج، اهلي برحق مينتا ڤنجلسن روس

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menempelak Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Datuk Dr Puad Zarkashi, yang mempersoalkan tindakannya memuji dua ahli parti yang membuat aduan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung usul tambahan yang diluluskan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Khairy yang juga bekas ahli Parlimen Rembau, menegaskan UMNO adalah milik ahli parti dan mana-mana ahlinya boleh mendapatkan penjelasan dan aduan ROS.

“Kita mesti menghormati mana-mana ahli UMNO yang mahukan penjelasan memandangkan usul itu sangat kontroversi dengan ramai pakar undang-undang mempersoalkan kesahihannya.

“Saya menyokong mana-mana ahli UMNO yang ingin menjelaskan kesahihan usul Rembau,” katanya ketika dihubungi New Straits Times, hari ini.


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menempelak Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Datuk Dr Puad Zarkashi, yang mempersoalkan tindakannya memuji dua ahli parti yang membuat aduan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung usul tambahan yang diluluskan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Khairy yang juga bekas ahli Parlimen Rembau, menegaskan UMNO adalah milik ahli parti dan mana-mana ahlinya boleh mendapatkan penjelasan dan aduan ROS.




“Adakah UMNO hanya milik pemimpin tertinggi? UMNO milik semua ahlinya. Mana-mana ahli boleh meminta penjelasan ROS.

“Kita mesti menghormati mana-mana ahli UMNO yang mahukan penjelasan memandangkan usul itu sangat kontroversi dengan ramai pakar undang-undang mempersoalkan kesahihannya.

“Saya menyokong mana-mana ahli UMNO yang ingin menjelaskan kesahihan usul Rembau,” katanya ketika dihubungi New Straits Times, hari ini.

Terdahulu, Puad yang membantu tugas Pengerusi Tetap UMNO pada PAU 2022, menempelak pujian diberikan Khairy kepada dua ahli parti yang merujuk ROS berkait isu usul tambahan.

Menerusi menerusi hantaran di Facebook hari ini, Puad mempersoalkan sama ada tindakan terbabit satu keberanian atau kedua-dua hanya dipergunakan.

Puad secara sinis menegur pemimpin tertentu supaya tidak menggunakan orang bawahan untuk menjayakan agenda mereka.

Semalam, dua ahli UMNO memfailkan aduan kepada RoS berhubung usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti kekal tidak dicabar dalam pemilihan parti.

Loading...

Usul itu dicadangkan oleh perwakilan UMNO Rembau, Mohd Shukri Shamsudin ketika perbahasan ucapan dasar presiden parti pda PAU 2022 minggu lalu. Usul itudisokong oleh Ketua UMNO Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku.

Sumber berita:

Tajuk:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...