Khairy: Lokman, you have the IQ of a carrot

TTF: Khairy, I’m beginning to have second thoughts about you…

You do have common sense after all…

I’m talking about the IQ and the carrot, that is…

KUALA LUMPUR: Selepas menempelak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini giliran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam pula menerima nasib sama ditempelak Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Tetapi kali ini, Khairy mengingatkan Lokman perkara pertama akan dilakukannya sekiranya menjadi Presiden UMNO adalah memecat beliau kerana mempunyai tahap kepintaran yang rendah.




Menerusi akaun Twitternya yang ditujukan kepada Lokman, Khairy berkata: “You better pray I Don’t become President of UMNO. First Thing I’ll do is sack you for having the IQ of a carrot” (Lebih baik anda berdoa saya tidak menjadi Presiden UMNO. Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah memecat anda kerana mempunyai IQ yang rendah).

Lokman dalam tulisannya di sebuah portal berita hari ini menyifatkan bekas ketua pemuda UMNO itu ‘meroyan seperti orang datang bulan’ merujuk pada tindakannya yang menempak Najib semalam.

Khairy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan Barisan Nasional (BN) semalam menempelak kenyataan Najib, bahawa kekalahan (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu adalah disebabkan fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH).

Beliau sebaliknya menyatakan BN tewas pada PRU-14 akibat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam akaun Twitternya, KJ berkata: “We lost because of 1MDB. The End” (Kita kalah sebab 1MDB. Tamat.)

Lokman dalam tulisannya itu berkata beliau tidak pasti apakah masalah Khairy yang meroyan seperti orang datang bulan apabila mengatakan bahawa punca kekalahan BN hanyalah kerana 1MDB.

“Tapi apa yang pasti, jika beliau meneruskan sikap menuding jari secara berterusan, saya rasa beliau boleh berhenti bermimpi untuk menjadi Presiden UMNO.

Loading...

“Sepatutnya, selaku bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy kena menilai sama ada aktiviti menjadi model sambilan di Majalah Maskulin, hobi berselfie dan kepakaran memilih warna stokin yang betul, telah berjaya menarik minat orang muda untuk menyokong BN,” katanya dipetik daripada laporan itu.

Sumber: Berita Harian Online



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...