خيري سهكن نجيب ماسوق هوسڤيتل ريهبيليتاسي چراس، نامون تيمبالن منتري كصيحتن دعوا ‘تق دڠر’ اد ۏۏيڤ ماسوق
Sebuah portal berita melaporkan bahawa Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, menafikan ada orang kenamaan amat penting (VVIP) menerima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
“Saya tidak dengar ada mana-mana VVIP yang masuk pula ke sana,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, dalam kenyataan berasingan, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa Najib dipindahkan ke HRC kerana memerlukan rawatan fisioterapi.
Khairy turut mendedahkan bahawa dia telah mengarahkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan siasatan terhadap ciapan Twitter yang didakwa dibuat oleh salah seorang doktor yang merawat Najib dan mendedahkan maklumat mengenainya.

Kenyataan itu seolah-olah memberi jawapan bahawa Najib tidak menjalani rawatan lanjut di premis tersebut sepertimana yang dipaparkan dalam kenyataan Jabatan Penjara.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Dulu memang ada seorang Ahli Parlimen yang rebah secara tiba-tiba di Dewan Rakyat dan kemudian dikejarkan ke HRC untuk rawatan susulan, malah saya pun menziarahi dia,” katanya.
Bagaimanapun, dalam kenyataan berasingan, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa Najib dipindahkan ke HRC kerana memerlukan rawatan fisioterapi.
TONTON: SUKAR PERCAYA, LUAR BIASA
Khairy turut mendedahkan bahawa dia telah mengarahkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan siasatan terhadap ciapan Twitter yang didakwa dibuat oleh salah seorang doktor yang merawat Najib dan mendedahkan maklumat mengenainya.
Hari ini, Jabatan Penjara memaklumkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak telah dihantar ke HRC untuk rawatan dan pemantauan lanjut sejak Isnin lalu berdasarkan rujukan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut kenyataan jabatan itu, Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman sebaik sahaja pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau.
THE THIRD FORCE
Berdasarkan laporan Free Malaysia Today, Utusan Malaysia dan Malaysiakini