Khairy: Segerakan pemilihan UMNO, perlu sebelum Pilihan Raya Umum

Menurut Khairy, pemilihan parti tidak boleh lagi ditangguhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang sepatutnya diadakan pada tahun ini. Sumber (gambar): Fail TTF

خيري: سڬراكن ڤميليهن امنو، ڤرلو سبلوم ڤيليهن راي عموم

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO. Segerakan pemilihan parti. 

Itu tegas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berhubung situasi politik ketika ini. 

‘Kemelut’ yang disifatkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu dipercayai merujuk kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 kelmarin yang sebulat suara memberikan mandat kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk menentukan tempoh kepada parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

“Segerakan pemilihan parti. Do the right thing (buat perkara betul), Majlis Tertinggi. You know we cannot continue like this. (Kamu tahu kita tidak boleh berterusan sebegini),” katanya di Instagram Story dan kemudian dimuat naik ke akaun Twitter beliau hari ini.


PUTRAJAYA: Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO. Segerakan pemilihan parti.

Itu tegas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berhubung situasi politik ketika ini.




‘Kemelut’ yang disifatkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu dipercayai merujuk kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 kelmarin yang sebulat suara memberikan mandat kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk menentukan tempoh kepada parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sekiranya PN tidak membubarkan Parlimen sebelum atau selepas tempoh darurat 1 Ogos ini, UMNO akan menarik diri daripada menyokong kerajaan sedia ada yang merupakan tambahan daripada usul yang dikemukakan iaitu tidak bekerjsama dengan Bersatu pada PRU-15.

Menurut Khairy, pemilihan parti tidak boleh lagi ditangguhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang sepatutnya diadakan pada tahun ini.

BACA: ZAHID ADA SEMINGGU

BACA: KU LI: AKAR UMBI SEBENARNYA HARAPKAN SEMUA LETAK JAWATAN SEGERA, TAPI YANG JADI PELIK…

“UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat.

“Segerakan pemilihan parti. Do the right thing (buat perkara betul), Majlis Tertinggi. You know we cannot continue like this. (Kamu tahu kita tidak boleh berterusan sebegini),” katanya di Instagram Story dan kemudian dimuat naik ke akaun Twitter beliau hari ini.

Dalam Perhimpunan yang berakhir pada Ahad lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mencabar seorang menteri daripada parti itu agar meletakkan jawatan dalam Kabinet.

Selain melabelkan pemimpin tersebut sebagai ‘makhluk perosak’, Ahmad Zahid juga mendakwa menteri berkenaan ‘menikam’ UMNO dari belakang.

Loading...

“Kalau dia anak jantan, dia harus letak jawatan sebagai menteri. Ini makhluk perosak, kalau bukan kerana UMNO, tak mungkin dia ada dalam kementerian berkenaan,” kata Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penangguhan perhimpunan itu.

Sebelum ini, UMNO memutuskan agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh sesuai pada tahun ini.

Bagaimanapun, memetik laporan media, UMNO dijangka menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan akan diadakan tahun ini yang dicadangkan sebagai persiapan menghadapi PRU-15 yang dijangka diadakan selepas tamat tempoh darurat pada 1 Ogos nanti.

Menurut Perlembagaan UMNO, MKT mempunyai kuasa menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan dari tarikh sepatutnya diadakan pemilihan baharu.

Sumber:

MUST READ:

Zahid has one week



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...