
Berikut merupakan kenyataan Datuk Seri Khaled Nordin sebagai menjawab ugutan Salahuddin Ayub, bahawa AMANAH akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan:
Khaled Nordin
خلايد نوردين دعوا اوڬوتن صلاح الدين ايوب سبب ڤرو، ڤرن ڤرلو سڬرا
Saya terpanggil untuk menjawab ugutan Datuk Seri Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) bahawa partinya akan menarik sokongan ke atas Perdana Menteri sekiranya PRN tetap diadakan.
Kerana ugutan sedemikianlah, PRN dan PRU wajar dilaksanakan segera. Tiada Kerajaan boleh diugut sedemikian pada setiap masa dan dalam setiap keadaan.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Mengadakan PRN Johor bukan satu tindakan tidak bertanggungjawab. Malah, inilah sebenarnya tanggungjawab. Kita mesti mengembalikan mandat kepada rakyat apabila kerajaan berada dalam kedudukan yang terlalu rapuh dan tidak stabil. Bukannya terus menerus berkeras bahawa kita mempunyai kuasa apalagi bila terpaksa meminta sokongan pembangkang.
Beranggapan bahawa tanggungjawab dan fokus terhadap kebajikan rakyat akan terabai hanya kerana berlakunya PRN juga sangat salah.
BACA JUGA: KEHANCURAN UMNO SUDAH BERMULA
Sekali pun akan diadakan PRN, jentera kerajaan dan segala bantuan tetap beroperasi dan diagih seperti biasa. Tiada yang akan ditutup atau dihentikan.
Tetapi yang menjadi masalah ialah bila Kerajaan lemah dan tidak stabil. Usaha membantu rakyat dan menguruskan negeri akan terjejas sekiranya terus diancam kejatuhan seperti yang berlaku sekarang.
Telah lebih 90 negara melaksanakan pilihan raya semasa pandemik. PRN Melaka dan PRN Sarawak juga semuanya dijayakan semasa pendemik.
Apa yang terhasil ialah kestabilan dan pembentukan Kerajaan yang kukuh dan stabil dan tiada penularan wabak yang serius.
Ugutan YB sebenarnya bukan demi kepentingan rakyat. Tetapi kerana PAN takut menghadapi pilihan raya dan menerima kekalahan. Kekalahan PH dalam PRN Melaka dan Sarawak telah sangat menghantui PH.
Sama ada perlu atau tidak PRN Johor adalah sesuatu yang terpulang kepada budi bicara Kerajaan Negeri Johor dan Istana Johor. Segala ugutan dan ancaman dari PH bukan faktor penentu untuk membubar PRN.
Dan jika PH menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, BN akan bersedia untuk menghadapi PRU dan membentuk Kerajaan baru tanpa perlu sokongan PH insyallah.
WAJIB BACA:
