Khalid: Kerajaan mungkin pertimbang ambil tanah Kampung Baru secara paksa jika tiada pilihan

Khalid sudah mengarahkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru turun pada bertemu semua pemilik tanah membabitkan 830 lot semuanya. Sumber (gambar): Fail TTF

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan mungkin mempertimbangkan pengambilan tanah Kampung Baru secara paksa mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 sekiranya ada segelintir pemilik yang berdegil untuk bekerjasama menjual lot mereka.

“Kita akan cuba pujuk juga lagi tetapi akhirnya kalau masih tidak dapat pujuk, kita kena tengoklah daripada sudut keadilan orang yang dah ada hak dia. Lagipun yang duduk di Kampung Baru bukan semuanya senang mungkin dia perlukan duit itu untuk hantar anak belajar luar negara dan sebagainya.

Kelmarin pada Sidang Media Khas Pengumuman Hala Tuju dan Tawaran Kerajaan Kepada Pemilik Tanah Kampung Baru Khalid berkata, kerajaan membuat tawaran terakhir kepada pemilik tanah Kampung Baru iaitu harga baharu sebanyak RM1,000 setiap kaki persegi untuk pembangunan semula kawasan berkenaan.

Katanya, pemilik akan diberi peluang mengetahui secara lebih lanjut mengenai SPV yang akan berperanan membeli tanah terbabit dengan pemilikan masih lagi ada iaitu sebanyak 15 peratus oleh pemilik asal.


KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin mempertimbangkan pengambilan tanah Kampung Baru secara paksa mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 sekiranya ada segelintir pemilik yang berdegil untuk bekerjasama menjual lot mereka.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, langkah itu mungkin adalah yang terakhir diambil demi keadilan pemilik tanah lain yang bersetuju menjual bahagian mereka.




“Insya-Allah kita tak nak ambillah. Hanya satu keadaan saja yang memungkinkan iaitu katakanlah dalam satu-satu lot itu ada 10 penama dan tujuh daripadanya sudah bersetuju tetapi tiga lagi tidak bersetuju.

“Ketujuh-tujuh penama sudah memujuk dan mengatakan ia adalah hak mereka untuk mendapat duit itu, tetapi terhalang disebabkan tiga penama tidak bersetuju.

“Kita akan cuba pujuk juga lagi tetapi akhirnya kalau masih tidak dapat pujuk, kita kena tengoklah daripada sudut keadilan orang yang dah ada hak dia. Lagipun yang duduk di Kampung Baru bukan semuanya senang mungkin dia perlukan duit itu untuk hantar anak belajar luar negara dan sebagainya.

Nota: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan

www.thethirdforce.net

“Jadi pada ketika itu mungkin kita terpaksa pertimbangkan (pengambilan secara paksa mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960), tetapi seboleh-bolehnya kita mahu supaya orang Kampung Baru bersatu hati bersama membangunkan kawasan itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Grand Final Karnival Sukan Parlimen Wilayah Persekutuan Tahun 2019 di Putrajaya, hari ini.

Kelmarin pada Sidang Media Khas Pengumuman Hala Tuju dan Tawaran Kerajaan Kepada Pemilik Tanah Kampung Baru Khalid berkata, kerajaan membuat tawaran terakhir kepada pemilik tanah Kampung Baru iaitu harga baharu sebanyak RM1,000 setiap kaki persegi untuk pembangunan semula kawasan berkenaan.

Daripada harga itu, RM850 akan dibayar berdasarkan pilihan pulangan oleh pemilik tanah.

Loading...

Pemilik diberi empat pilihan iaitu pulangan tunai; pulangan unit siap; kombinasi pulangan tunai dan unit siap; dan pulangan pemegang saham dalam Syarikat Tujuan Khas (SPV).

Dalam pada itu, Khalid sudah mengarahkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru turun pada bertemu semua pemilik tanah membabitkan 830 lot semuanya.

Katanya, perjumpaan berskala kecil adalah lebih baik kerana penjelasan dapat diberikan dengan lebih berkesan berbanding kumpulan besar.

“Kalau kita dapat jumpa setiap satu pemilik lot, kita jelaskan secara berkumpulan kecil sebab bila semua kumpulan besar, kemudian dalam media seperti media sosial inilah macam-macam yang mereka tembak, orang pun tak tahu betul atau tak.

“Jadi kalau kita jumpa dalam secara kumpulan kecil Insya-Allah kita boleh jelaskan dan saya rasa tiada siapa boleh menafikan bahawa ini tawaran yang terbaik yang pernah dikemukakan dalam sejarah bagi pemilik tanah Kampung Baru.

“Saya rasa mereka semua pun akan bersama selepas mendengar penjelasan daripada pihak berkenaan,” katanya.
Selain itu, Khalid berkata, pihaknya juga akan turun padang menerangkan peranan SPV secara terperinci.

Katanya, pemilik akan diberi peluang mengetahui secara lebih lanjut mengenai SPV yang akan berperanan membeli tanah terbabit dengan pemilikan masih lagi ada iaitu sebanyak 15 peratus oleh pemilik asal.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...