Khalid melampau kait Melayu rampas kuasa

“PH yang sedang berkuasa pula kerap melakukan provokasi hingga turut menyeret prejudis ‘pemberontakan’ terhadap polis dan tentera, sedangkan mereka adalah pasukan keselamatan negara” – Ustaz Ahmad Fadhli. Sumber (gambar): Harakah Daily

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

MENGAITKAN Melayu dengan rampasan kuasa yang disuarakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad membuktikan skeptikal dan paranoid melampau para pemimpin PH. Bahkan, ia momokan, propaganda dan hasutan halus lagi jahat untuk memberi palitan buruk kepada orang Melayu.

Sekali gus juga meniupkan kebimbangan perkauman yang boleh mengembangkan lagi rasa curiga telah sedia diapi-apikan pasca PRU14. Lebih malang selaku Menteri, tetapi memiliki prasangka amat buruk terhadap rakyat sendiri khususnya kaum Melayu yang merupakan majoriti dalam negara.




Walhal, beliau sendiri berbangsa Melayu, tetapi kenyataannya seolah-olah membayangkan trauma tidak munasabah atau rasa terancam sedang dialami oleh kaum lain. Apakah Khalid dengan berkata demikian cuba mengesahkan negara ini sedang diperintah atau dikuasai kaum bukan Melayu?

Malah satu pengakuan bahawa beliau dan parti diwakilinya menjadi benteng, perisai dan ‘khadam’ kepada pemimpin PH bukan Melayu? Atau sebenarnya menjelaskan kedudukan bahawa orang Melayu memang sedang ditindas di negaranya sendiri ketika ini oleh pemerintahan yang diterajui PH?

Hakikatnya, sudah acapkali pemimpin PH meletakkan kaum Melayu di ‘kandang pesalah’, malah berani menggugat dan mencabar status dan hak sedia ada selama ini. Banyak yang sudah diguris, dikurangkan, serta cuba diambil dan dinafikan daripada bangsa ini dibuat oleh PH sejak menjadi kerajaan.

Termasuk hal ehwal Islam yang juga galak disentuh, pemimpin PH seperti Khalid sebenarnya sedang dihantui rasa penolakan oleh rakyat negara ini khususnya umat Melayu-Islam. Sedangkan sejarah membuktikan keluhuran dan cantik budi bangsa Melayu dalam banyak aspek kehidupan kaum.

Ini termasuk perjalanan politik dan demokrasi serta perundangan yang sentiasa berjalan tanpa dirintangi unsur radikal, ekstrem atau keganasan. Misalnya peralihan kuasa PRU14 kepada PH berlaku tanpa pertumpahan darah, sedangkan BN telah dibayangkan tuduhan untuk menyebabkan darurat diisytiharkan.

Kini sebaliknya, PH yang sedang berkuasa pula kerap melakukan provokasi hingga turut menyeret prejudis ‘pemberontakan’ terhadap polis dan tentera, sedangkan mereka adalah pasukan keselamatan negara. Atas kebebalan dan sikap tidak matang ini, kami menggesa Khalid untuk meletakkan jawatan.

“Terus Mara”
“Islam Memimpin”

Loading...

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...