Khalid mengaku terkhilaf fakta ketika menggulung isu Kampung Bharu

Khalid berkata, ketika menjawab dakwaan Noh, beliau memaklumkan bahawa kenyataan Anwar dibuat ketika perbahasan Akta 733 sedang dijalankan, bukannya selepas sesi itu selesai dan akta dipinda serta diluluskan. Sumber (gambar): Fail TTF

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad hari ini memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa ada khilaf fakta dalam ucapan penggulungan bagi kementerian beliau pada 19 November lalu.

Kekhilafan itu merujuk kepada persoalan dibangkitkan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) mengenai laporan media yang memetik kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kini PH-Port Dickson), pada 2012.

Kenyataan itu melaporkan, Anwar akan memastikan Akta 733 dimansuhkan jika Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengenai pertemuan bersama Anwar, Khalid berkata, Presiden PKR itu turut bersetuju dengan rancangan Kampung Bharu yang dirancang Kementerian Wilayah Persekutuan ketika ini, selain turut berharap dapat membantu dalam pelaksanaannya.


KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad hari ini memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa ada khilaf fakta dalam ucapan penggulungan bagi kementerian beliau pada 19 November lalu.

Khalid yang membuat kenyataan itu menerusi Peraturan Mesyuarat 14(1)(i), menjelaskan ia adalah berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ada usaha untuk memansuhkan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 (Akta 733).




Kekhilafan itu merujuk kepada persoalan dibangkitkan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) mengenai laporan media yang memetik kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kini PH-Port Dickson), pada 2012.

Kenyataan itu melaporkan, Anwar akan memastikan Akta 733 dimansuhkan jika Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Khalid berkata, ketika menjawab dakwaan Noh, beliau memaklumkan bahawa kenyataan Anwar itu dibuat ketika perbahasan Akta 733 sedang dijalankan, bukannya selepas sesi itu selesai dan akta dipinda serta diluluskan.

Bagaimanapun, semakan kemudian mendapati kenyataan Anwar itu dibuat selepas Akta 733 diluluskan.

“Kenyataan Anwar dibuat atas sebab membantah unsur pengambilan tanah (Kampung Bharu) secara paksa yang telah diperuntukkan di dalam akta itu (Akta 733) pada asalnya.

“Saya juga sudah bertemu dengan Anwar pada pagi keesokannya (20 November lalu) dan turut membincangkan perkara ini.

“Justeru, saya dengan ini menarik balik kenyataan saya tempoh hari (pada 19 November lalu) dan memperbetulkannya seperti kenyataan sebentar tadi,” katanya.

Loading...

Mengenai pertemuan bersama Anwar, Khalid berkata, Presiden PKR itu turut bersetuju dengan rancangan Kampung Bharu yang dirancang Kementerian Wilayah Persekutuan ketika ini, selain turut berharap dapat membantu dalam pelaksanaannya.

“Persetujuan ini adalah atas sebab usaha murni kementerian ketika ini adalah berdasarkan konsep ‘willing buyer’ dan ‘willing seller’ (kerelaan pembeli dan penjual), tanpa unsur paksaan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Tanjung Karang (Noh) kerana mengingatkan kembali bahawa pada dasarnya ada unsur nak ambil alih tanah (Kampung Bharu) secara paksa oleh kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...