
خالد صمد دعوا ڤاكتن هارڤن ڤرلو برتنديڠ د چيني اتس داسر ءڤرينسيڤء
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad hari ini dilaporkan sebagai berkata Pakatan Harapan perlu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini atas ‘prinsip’ gabungan tersebut.
Menurut laporan, Khalid berkata adalah menjadi tanggungjawab PH membawa mesej kepada rakyat untuk mewujudkan pentadbiran bersih dan bebas rasuah menerusi setiap pilihan raya termasuk PRK Chini.
TTF semalam menjangkakan Pakatan Harapan tidak mampu menumpaskan Muafakat Nasional di PRK DUN Chini memandangkan keadaan gabungan tersebut yang kini “berpecah dan berterabur.”
Ini susulan kenyataan Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub, yang mendakwa PH tidak mampu menandingi kekuatan gabungan BN dan PAS di Chini.
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad hari ini dilaporkan sebagai berkata Pakatan Harapan perlu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini atas ‘prinsip’ gabungan tersebut.
Menurut laporan, Khalid berkata adalah menjadi tanggungjawab PH membawa mesej kepada rakyat untuk mewujudkan pentadbiran bersih dan bebas rasuah menerusi setiap pilihan raya termasuk PRK Chini.
“DUN itu memang merupakan DUN di mana kita mengalami kekalahan agak dahsyat dalam PRU14. Tapi, sama ada kita bertanding atau tidak, itu belum lagi diputuskan secara muktamad dan pihak yang mana bertanding pun belum diputuskan.
“Tapi, saya rasa macam mana pun secara prinsip kita perlu bertanding untuk tidak memberikan laluan mudah kepada Umno,” katanya.
TTF semalam menjangkakan Pakatan Harapan tidak mampu menumpaskan Muafakat Nasional di PRK DUN Chini memandangkan keadaan gabungan tersebut yang kini “berpecah dan berterabur.”
Ini susulan kenyataan Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub, yang mendakwa PH tidak mampu menandingi kekuatan gabungan BN dan PAS di Chini.
TTF menulis:
Selagi Pakatan Harapan diketuai oleh presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, majoriti besar (supermajority) pengundi Melayu-Islam sudah pasti akan berpihak kepada Muafakat Nasional atas dasar “tidak mempercayai kemampuan Anwar.”
Seandainya Tun Dr Mahahir Mohamad pula mengetuai PH, gabungan berkenaan tetap dijangka akan kecundang atas faktor DAP, walaupun tidak seteruk kekalahan yang bakal ditimpa jika Anwar terus menyandang jawatan pengerusi gabungan.
Chini merupakan sebuah konstituensi kecil dalam parlimen Pekan yang kini dikuasai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peratusan pengundi Melayu di Chini dianggarkan sekitar 87 – 88 peratus daripada jumlah pengundi dan terdiri daripada penyokong tegar UMNO dan Barisan Nasional.
Justeru, tidak kira faktor DAP, Anwar atau Pakatan Harapan, Chini dijangka akan kekal bersama Barisan Nasional, lebih-lebih lagi memandangkan UMNO kini sudah memasuki Memorandum Persefahaman bersama PAS menerusi Muafakat Nasional.
Oleh itu, kehadiran Pakatan Harapan di Chini seharusnya bukan untuk menumpaskan calon UMNO, tetapi untuk menilai kesan “faktor Anwar” terhadap sikap pengundi Melayu-Islam menerusi penambahan atau penurunan undi gabungan berkenaan.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
