خالد صمد: ساي تيدق دڤوكول
AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, 62, tidak dipukul sebaliknya diprovokasi beberapa individu di hadapan Pejabat Parti Amanah Negara (PAN) di Jalan Persinggahan, Ladang Tok Pelam, di sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku pada 10.45 malam sebaik Pengarah Komunikasi PAN itu selesai menghadiri perjumpaaan bersama ahli PAN di pejabat berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.
“Mangsa tidak dipukul seperti yang tular di laman sosial dan saya harap netizen tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini. Mangsa membuat laporan polis kerana terancam dengan tindakan kumpulan berkenaan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut sumber, terdapat beberapa lelaki tidak dikenali berada di hadapan pejabat berkenaan sebelum mereka bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Khalid.
Katanya, Khalid tidak mengendahkan kehadiran kumpulan berkenaan sebelum segera masuk ke dalam keretanya.
“Bagaimanapun, seorang daripada suspek ada mengetuk pintu cermin sebelah pemandu dan mangsa yang merasa terancam dengan tindakan itu segera ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.
“Mangsa tidak dipukul seperti yang tular di laman sosial dan saya harap netizen tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini. Mangsa membuat laporan polis kerana terancam dengan tindakan kumpulan berkenaan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.
Sebelum ini, tular di laman sosial Facebook yang mendakwa bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu dipukul dan diserang di Kuala Terengganu dipercayai kerana menghina Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sumber: