Khat Jawi disamakan dengan tahi lembu

Lim Lip Eng (kiri) dilihat di sini bersama Tony Pua (kanan). Sumber (gambar): The Star Online

Nota: Untuk makluman umum, Lim Lip Eng mendakwa kenyataan (bawah) yang dipetik Harakah adalah petikan daripada perenggan penutup rencana tulisan Fa Abdul, kolumnis Malaysiakini. 

TTF tidak bersetuju dan mengisytiharkan sokong Harakah kerana posting Lip Eng (bawah) memang mengelirukan dan nampak seolah-olah ianya ditulis dirinya sendiri.

Lip Eng harus faham, bahawa beliau bertanggungjawab terhadap segala apa yang dipetik beliau, termasuk posting terbarunya (bawah) yang boleh ditafsir sebagai persetujuannya terhadap apa yang ditulis.


Artikel asal:

Khat Jawi disamakan MP DAP dengan tahi lembu

Roslan SMS

Posting beliau – Lim Lip Eng, Ahli Parlimen DAP Kepong berbunyi:

(Terjemahan) “Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kita dengan memperkenalkan khat. Tolonglah.”

Ini ekoran langkah Kementerian Pendidikan mahu memperkenalkan pengajaran seni khat dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 mulai tahun depan.


Negara kita mengamalkan hak kebebasan bersuara dan memberi pandangan. Namun ianya ada batas dan adabnya. Bermakna ia tidak mutlak. Jika semua kita bebas berkata apa sahaja yang terlintas di benak pemikiran kita, pasti negara berbilang kaum dan agama ini menjadi huru-hara sebagaimana sesetengah negara dunia ketiga. Ada pemimpin DAP dan NGO Cina yang mungkin tidak setuju dengan langkah kementerian ini, maka bantahlah ikut apa sahaja saluran namun jangan sampai biadab dan menghina.

Tulisan Jawi adalah tulisan Melayu asal di tanahair kita. Ia merupakan tulisan resmi buat budaya dan bangsa Melayu sehinggalah diperkenalkan tulisan Rumi. Tulisan inilah digunakan dalam dokumen dan rekod resmi kerajaan dan rakyat zaman berzaman. Malah pemasyhuran Kemerdekaan Negara yang dibacakan oleh Almarhum YTM Tunku sebagai PM Negara yang pertama 31 Ogos 1957 juga bertulisan Jawi.

Tiba-tiba Lip Eng dalam keghairahan menolak langkah pihak kementerian ini telah menggunakan bahasa yang amat biadab malah menghina orang-orang Melayu amnya. Memperkenalkan tulisan Khat Jawi disamakan Ahli Parlimen ini sebagai menyapu tahi lembu di wajah kita semua. Jawi sama dengan najis?!

Kalau kita katakan DAP ini parti rasis dan tidak pernah memperjuangkan nasib dan masadepan umat Melayu Islam, ada yang tidak percaya. Tapi lihatlah tulisan pemimpin DAP ini.Ianya satu penghinaan terhadap orang Melayu serta benar-benar mencabar kesabaran kita semua.

Bila kaduk naik junjung, bila mereka dominan dalam kerajaan, maka bersedialah kita menanggung akibatnya. Bangkitlah umat Melayu Islam. Saat untuk berubah sudah bermula. Jika terus lalai, maka alu-alukanlah kemunculan “Singapura Ke-2”.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...