
Khairuddin Abu Hassan
خدمت، ڤڠالمن محضير ڤرلو سڬرا باڬي ستابيلكن ايكونومي، تاڠني كريسيس چوۏيد-19
Apakah pemimpin-pemimpin muda dan muka baru mampu untuk menyelesaikan kemelut ekonomi, politik serta pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara masakini.
Hutang negara masakini yang difahamkan melepasi angka RM1.3 trilion adalah satu cabaran yang amat berat bagi sesiapapun untuk menyelesaikannya.
Kebanyakan pemimpin-pemimpin yang lebih muda hanya pandai bercakap tetapi seringkali sifat rakus akan membelenggui mereka apabila dapat kuasa.
Sebelum berkuasa retorik politik mereka amat sedap didendangkan untuk ‘halwa’ telinga rakyat.
Malangnya, apabila dapat kuasa mereka ini akan jadi ‘gelong’.
Sebab itu di saat paling mencabar ini kita perlukan tokoh-tokoh negarawan yang mempunyai ‘track record’ perkhidmatan yang cemerlang buat seketika saja bagi menyusun semula agenda kearah membangunkan ‘malaysia baharu’.
Kita tidak taksub pada tokoh-tokoh pemimpin berpengalaman seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, YBM Tengku Razaleigh Hamzah serta beberapa orang pemimpin-pemimpin lagi yang benar-benar jujur untuk memperbetulkan semula semua cabaran yang kita sedang hadapi sekarang.
Apabila situasi politik, ekonomi dan pandemik Covid-19 bertambah pulih ataupun stabil; pada waktu itu kepimpinan negara harus dialihkan kepada pemimpin-pemimpin pelapis baru.
Ada beberapa perkara yang diperkatakan oleh Datuk Seri Shafie Apdal saya agak tidak bersetuju.
Kalangan ini seringkali buat kenyataan untuk kecapi populariti kearah melonjakkan imej mereka ke tahap yang lebih tinggi sebagai persediaan bagi ambil-alih kepimpinan negara.
Maaf cakap kadang-kala kenyataan mereka ini tidak konsisten.
Datuk Seri Shafie Apdal bercakap tentang sikap keterbukaan dan agenda ujudkan gerakan baru bagi menentang orang lama serta golongan elit dalam parti-parti politik.
Untuk makluman Datuk Seri Shafie Apdal kadang kala ‘kelapa tua’ mempunyai lebih santan dari ‘kelapa muda’.
Bagaimana dengan slogan yang seringkali diwar-warkan oleh Datuk Seri Shafie Apdal bila dia pulang ke sabah dengan retorik ‘Sabah for Sabahans’?
Bukankah kenyataan ini berteraskan kepada semangat ‘perkaderan’ atau ‘kenegerian’ yang kuat?
Di mana letaknya semangat keterbukaan untuk semua rakyat?
Kemungkinannya Datuk Seri Shafie Apdal harus perjelaskan terlebih dahulu slogan ‘Sabah for Sabahans’ kepada seluruh rakyat malaysia terlebih dahulu.
Dalam situasi masakini juga kita amat memerlukan seseorang tokoh pemimpin yang masih mempunyai ‘engagement’ kuat dengan dunia luar kearah mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin antarabangsa bagi membantu menjayakan proses membangunkan semula negara kita.
Tokoh pemimpin yang dihormati oleh dunia luar juga penting pada zaman ini. Tanpa sokongan dari pemimpin-pemimpin luar kadang-kala ianya akan melambatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Apa akan jadi pada negara sekiranya ‘foreign direct investments’ (FDI) tidak mengalir masuk ke tanahair kita tanpa kenyakinan dari pihak antarabangsa?
Kalau untuk memimpin peringkat negeri pun kita ‘tercungap-cungap’ maka janganlah cuba untuk bercakap mengenai pentadbiran kerajaan persekutuan yang boleh dihormati oleh dunia luar.
Mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sedap didengari adalah satu perkara yang mudah tetapi bagi mentadbir negara secara professional dan effektif adalah satu perkara yang amat berat untuk mana-mana pemimpin memikulnya.
Bagi menjadi seorang pemimpin yang berteraskan pada ‘result oriented’ dan amanah bukanlah satu perkara yang mudah.
Apapun kita bercakap mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad beliau telah berjaya membawa negara keluar dari krisis ekonomi dunia dan krisis matawang pada tahun 1998 secara cemerlang.
Di saat pemimpin-pemimpin Islam berbalah sesama sendiri menghancurkan tamaddun masing-masing; Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya membina satu tamaddun baru di Putrajaya yang dikagumi dunia.
Sejarah tidak boleh memadamkan fakta-fakta yang hakikat dan hakiki!
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
