“Terdapat juga bukti bahawa Datuk Anwar dan rakan-rakannya pernah bekerjasama dengan warga asing malah menyumbang dana kepada mereka. Tonton juga pendedahan penuh DI SINI (KLIK DI SINI UNTUK TONTON ATAU RUJUK VIDEO DI HUJUNG BAWAH)“
Raggie Jessy Rithaudeen
Pada tahun 1997, ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) cuba pelbagai cara untuk meresap masuk ke dalam sistem kewangan serantau secara proksi.
Untuk membantu Malaysia, IMF merangka pelbagai syarat luarbiasa dan mengemukakannya kepada beberapa orang terpilih apabila Tun Dr Mahathir Mohamad berada di luar negara.
Asas utama kepada dasar IMF ialah pasaran yang mengagihkan sumber secara adil dan berkesan. Namun, IMF tidak pernah konsisten dan kerap tidak membenarkan pasaran mengagihkan kerugian bila dilanda krisis.
Antara pakej IMF:
a. Menaikkan kadar asas pinjaman (BLR) hingga 10% bagi bank dan 12% bagi syarikat kewangan.
b. Bank-bank di arah mengurangkan pinjaman (credit sqeeze).
c. Menggurangkan tempoh hutang lapuk (NPL) dari 6 bulan dipendekkan kepada 3 bulan.
d. Menaikkan bayaran minima bulanan kad kredit.
e. BSKL diarah bekukan penyenaraian saham baru, penerbitan saham terbitan hak dan penyusunan semula syarikat.
f. Di sektor kerajaan pemotongan gaji dan elaun para menteri dan pegawai tinggi kerajaan, pembekuan kenaikkan gaji kakitangan kerajaan, pemotongan belanjawan 1998 sebanyak 18% yang bernilai RM12B dan menggantikan projek-projek mega.
Sambung baca artikel di bawah video ini atau tonton sahaja video ini untuk penjelasan:
Pada tahun 1998, Indonesia, Korea dan Thailand dikehendaki menggunakan pinjaman yang diatur oleh IMF untuk membayar balik hutang yang perlu dibayar pada masa itu, iaitu hutang bagi pinjaman jangka pendek.
Tetapi nyata ini merupakan langkah yang kurang bijak, kerana ia menggalakkan pelanjutan hutang jangka pendek (menerusi pinjaman IMF dengan syarat-syarat pelik), dan hutang ini akhirnya menyebabkan ekonomi Indonesia, Thailand dan Korea lebih terdedah kepada ketidaktentuan pasaran.
Malaysia tidak mengendahkan langkah-langkah ini, dan sebaliknya, menambat Ringgit Malaysia dan mengenakan kawalan terhadap modal negara untuk menghapuskan dagangan spekulatif dalam mata wangnya.
Walaupun IMF mempersendakan pendekatan ini, tabung itu akhirnya mengakui bahawa keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menambat Ringgit Malaysia adalah betul.
Sekiranya Mahathir bersetuju dengan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminjam daripada IMF, orang Melayu akan menderita dengan teruk.
Apa yang IMF mahukan ialah Malaysia mengapungkan mata wangnya, menghentikan kawalan modal dan membenarkan warga asing mengepam masuk atau mengeluarkan dana dengan sedikit atau tiada sekatan langsung, antaralain.
IMF juga mahukan pengurangan drastik atau penghapusan sepenuhnya bantuan kerajaan kepada bank dan syarikat tempatan yang menghadapi kesukaran, pengurangan atau penghapusan subsidi negara dan penswastaan aktiviti ekonomi negeri.
Langkah sedemikian akan meruntuhkan sepenuhnya ekonomi orang Melayu dan membenarkan perniagaan Cina yang kaya-raya untuk memakan ekuiti Melayu dan syarikat asing memiliki kepentingan yang sangat besar dalam perniagaan tempatan.
IMF sebenarnya tahu berkenaan sosio-ekonomi Malaysia yang masih tidak seimbang dan hakikat bahawa orang Melayu tidak bersedia untuk bersaing secara langsung tanpa bantuan dalam pasaran yang dikuasai dan dimonopoli oleh orang Cina.
Tetapi IMF tidak ambil peduli.
Tabung itu berada di bawah pengaruh golongan elit antarabangsa, yang percaya bahawa ekonomi yang cukup lemah atau yang berada di ambang kehancuran akan cukup terdesak untuk bersetuju dengan syarat bantuan yang tidak masuk akal yang akan menyebabkan ekonomi berkenaan terdedah kepada ‘kawalan Barat’.
Sekiranya Malaysia menerima tawaran IMF, orang Cina akan menjadi lebih kaya, dan orang Melayu akan menjadi lebih miskin.
Ini akan mengecilkan kelas pertengahan, mencetuskan ketidakstabilan politik dan menjadikan Malaysia lebih bergantung kepada imperialisme kewangan Barat.
Nyata bahawa Mahathir berjaya menyelamatkan Malaysia daripada keputusan tidak masuk akal Anwar yang hanya akan merugukan Bangsa Melayu.
Terdapat juga bukti bahawa Datuk Anwar dan rakan-rakannya pernah bekerjasama dengan warga asing malah menyumbang dana kepada mereka.
Perkara ini pernah dilaporkan oleh Asia Pacific Policy Centre yang berpusat di Amerika Syarikat.
Presiden Asia Pacific Policy Centre, Douglas H Paal, membuat pengakuan itu pada satu pendengaran Jawatankuasa Kecil Kongres mengenai “Malaysia: Menilai Agenda Mahathir.”
“Selama ini Pusat Dasar Asia dan Pasifik menerima sumbangan daripada Anwar.
“Tetapi sekarang, Paal tidak dapat bantuan kewangan kerana sumbernya (Anwar) berada dalam penjara.
“Jika sesiapa mahu memberi wang kepada Paal, mereka boleh membantunya menganjurkan seminar mengenai Malaysia,” kata Dr Mahathir kepada 2,034 perwakilan Umno yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 1999.
Bersambung…
