Kisah bagaimana Muhyiddin, Anwar dan akan umbi UMNO ditipu Zahid (Pendedahan)

Zahid dengan sengaja memberi gambaran palsu dan berbeza-beza kepada Anwar, Muhyiddin dan UMNO, barangkali bagi mendapatkan reaksi sebelum membuat keputusan akhir bersama Kluster Mahkamah. Sumber (gambar): TTF

“Zahid lupa dakwaan yang dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Maslan sendiri secara terbuka, berhubung sebab sebenar UMNO menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada 6hb Januari 2021, Ahmad mengaku bahawa UMNO sebenarnya tidak berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana langkah PN “meneruskan kes mahkamah” terhadap UMNO”

Raggie Jessy Rithaudeen

قيصه باڬايمانا محي الدين، انور دان اكن اومبي امنو دتيڤو زاهيد

Semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan seteru politiknya sudah kehabisan modal apabila menyasarkan individu dikaitkan dengan “kluster mahkamah,” termasuk dirinya, sebagai senjata politik menyerang Umno dan Barisan Nasional (BN).

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Katanya, tuduhan konon kumpulan kluster mahkamah dalam Umno menjadi pencatur mengembalikan Umno menjadi kerajaan hanya satu-satunya modal dimiliki lawan, memandangkan propaganda kononnya wujud gerakan kerjasama dengan pembangkang dan menjatuhkan Perdana Menteri yang dicanang sebelum ini tidak lagi berhasil.

BACA JUGA: YA, PKR DAH SANGKUT

Namun, Zahid lupa dakwaan yang dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Maslan sendiri secara terbuka, berhubung sebab sebenar UMNO menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.




Pada 6hb Januari 2021, Ahmad mengaku bahawa UMNO sebenarnya tidak berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana langkah PN “meneruskan kes mahkamah” terhadap UMNO.

Ahmad mengaku bahawa perkara itu itu mengatasi rasa tidak puas hati UMNO dalam soal agihan jawatan dalam kerajaan.

Sehingga hari ini, Zahid tidak pernah menyangkal dakwaan Ahmad walaupun dicabar berulang kali untuk berbuat demikian.

Zahid juga kerap menuding jari terhadap ‘pihak luar’ yang tidak dinamakan, yang kononnya ingin ‘hancurkan’ UMNO.

Namun, pada hakikatnya, terlalu ramai dalam UMNO tidak sehaluan dengan ‘kluster mahkamah’ sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Perkara ini terbukti apabila Zahid cuba mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen UMNO terhadap pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malangnya, percubaan ini ditolak bulat-bulat oleh majoriti ahli-ahli parlimen, melainkan lima individu yang tergolong dalam Kluster Mahkamah, termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak.

Loading...

Ini menjurus kepada rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin bahagian dan cawangan serta beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, yang tidak percayakan Kluster Mahkamah hingga ke hari ini.

Satu UMNO tahu berkenaan rundingan-rundingan rahisa yang diadakan antara Zahid, ahli-ahli Kluster Mahkamah dan Anwar, ke arah pembentukan Jajaran Politik Baharu melibatkan UMNO, PKR dan DAP.

Di depan UMNO, Zahid bercerita lain, namun di belakang UMNO, ceritanya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan.

Sebagai contoh, apabila Zahid gagal mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen UMNO terhadap pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri, beliau mengutus surat secara rahsia kepada pihak Istana Negara.

Dalam surat itu, Zahid menipu pihak Istana Negara dan Yang Di-Pertuan Agong kononnya seluruh UMNO menyokong pencalonan Anwar.

Surat berkenaan disokong secara bertulis oleh Najib dan dihantar tidak sampai 48 jam selepas Zahid berjumpa dengan Muhyiddin di kediamannya untuk menjanjikan sokongan padu UMNO terhadap kepimpinannya.

Namun, apabila Zahid dan Najib mendapat pengesahan sekumpulan ahli parlimen bahawa mereka bersetuju menarik sokongan terhadap Muhyiddin, Zahid dan Najib tiba-tiba membuat pusingan-U dan memberikan sokongan padu terhadap pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Nampak?

Zahid dengan sengaja memberi gambaran palsu dan berbeza-beza kepada Anwar, Muhyiddin dan UMNO agar semua pihak keliru dan tidak dapat menjangkakan percaturan sebenar Kluster Mahkamah.

Cuba cerita, bagaimanakah sesiapa boleh mempercayai Zahid, sedangkan orang-orang dia sendiri dalam MKT UMNO sudah kurang mempercayainya dan menolak usul Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan dalam masa terdekat?

14 Januari lalu, saya menulis:

Kluster Mahkamah A (Zahid, Najib, Ahmad Maslan dan seorang lagi) ditentang bulat-bulat oleh 70% akar umbi, cawangan dan bahagian UMNO yang tidak ingin Zahid kekal sebagai presiden UMNO.

Namun, disebabkan Kluster Ismail Sabri ingin menguasai UMNO, mereka yang menentang Zahid setuju untuk menyokongnya sehingga PRU15 selesai tetapi mahu beliau berundur dari jawatan presiden parti selepas itu.

Malah, selaras dengan kehendak Kluster Mahkamah A, lebih 90% akar umbi, cawangan dan bahagian menyokong pembubaran awal parlimen (sebelum bulan April) dan sanggup menyokong Zahid dan Zahid menentang Ismail Sabri, tetapi tidak bersetuju jika Zahid atau Najib menjadi calon Perdana Menteri.

Kluster ini mempunyai kelebihan besar berbanding kluster lain, kerana Zahid merupakan presiden UMNO dan menguasai lembaga disiplin parti.

WAJIB BACA:

SATU JOHOR NAK TAHU

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...