Kisah dongeng ‘derma’ RM2.6 bilion – Zahid, Najib berkomplot?

“…kenapa Zahid tidak dipanggil sebagai saksi dalam kes SRC bagi menjelaskan ‘pertemuannya’ dengan ‘pihak penderma’ dari Arab Saudi?”

Raggie Jessy Rithaudeen

Pada 22hb Ogos 2015, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan bahawa beliau secara peribadi bertemu dengan wakil keluarga dari Arab Saudi yang mengaku ‘menderma’ RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita sudah tahu bahawa ini adalah satu penipuan, berdasarkan keputusan-keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Kesemua hakim ini mengesahkan bahawa RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib tidak berasal daripada Raja Arab Saudi, malah ada di antara hakim-hakim ini melabelkan kisah ‘derma Raja Arab Saudi’ sebagai “kisah dongeng.”

Biarpun begitu, kita sudah tahu sebelum hakim-hakim ini membuat keputusan bahawa rakyat Malaysia ditipu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 berhubung ‘derma Raja Arab Saudi’ itu.

Ini kerana sebelum perbicaraan kes SRC sempat bermula, Najib mengaku kepada Al Jazeera bahawa beliau hanya menganggap RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadinya adalah ‘derma Raja Arab Saudi’.

TONTON: UMNO BAWAH ZAHID DITOLAK PENYUMBANG DANA POLITIK

Pengakuan ini dibuat tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-14, dan pendedahan Najib mengesahkan bahawa Zahid menipu apabila mendakwa bertemu dengan wakil keluarga dari Arab Saudi yang mengaku ‘menderma’ RM2.6 bilion.

Kenapa Zahid membisu pada ketika itu?

Seterusnya, pada 26hb Oktober 2018, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir, mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion yang didakwa merupakan ‘derma Raja Arab Saudi’ tiada kena-mengena dengan kerajaan Arab Saudi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Luar Malaysia pada ketika itu, Datuk Saifuddin Abdullah, selepas menerima kunjungan Adel di Wisma Putra di Putrajaya.

Loading...

Dalam pertemuan itu, Saifuddin berkata : “Beliau (Adel) menyatakan bahawa (derma RM2.6 bilion) tidak ada kena-mengena dengan kerajaan Arab Saudi.”

Kenapa Zahid berdiam diri?

Dan saya tertanya-tanya, kenapa Zahid tidak dipanggil sebagai saksi dalam kes SRC bagi menjelaskan ‘pertemuannya’ dengan ‘pihak penderma’ dari Arab Saudi?

Baru-baru ini, Tan Sri Apandi Ali disahkan memberi keterangan yang bercanggah berkait isu “derma RM2.6 bilion” dalam saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh bekas peguam negara itu terhadap Lim Kit Siang.

Menurut Hakim Datuk Azimah Omar, keterangan Apandi bercanggah dengan keterangannya sendiri (yang terdahulu), dan beliau bersikap ‘cuba mengelak’ dan tidak berterus terang.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, dalam satu sidang media, Apandi secara terang-terangan membersihkan nama Najib berhubung skandal 1MDB, SRC dan aliran dana RM2.6 bilion, sekaligus mengesahkan bahawa kisah derma Raja Arab Saudi yang dimasyurkan oleh Najib adalah benar.

Malah, Apandi mendakwa mengantar satu delegasi ke Riyadh dan bertemu dengan pihak yang dikatakannya adalah penderma dana RM2.6 bilion itu.

Namun, ketika pemeriksaan balas di mahkamah, Apandi mengakui bahawa delegasi berkenaan tidak berjumpa mahupun bercakap dengan pihak yang didakwa sebagai penderma, dengan berkata, “putera raja Aran Saudi enggan berjumpa sesiapa.”

Pengakuan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Apandi tidak berterus terang dalam siding medianya pada 2016 dan mungkin dicalonkan sebagai Peguam Negara oleh Najib untuk cuba membersihkan nama bekas perdana menteri itu di kaca mata rakyat.

Syak bahawa wujud subahat antara Najib dan Apandi menggunung apabila timbul persoalan bagaimana Apandi boleh mencapai keputusan yang bertentangan dengan hasil siasatan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Abu Kassim dalam masa yang begitu singkat.

Apakah Zahid tidak ingin mengulas perkembangan ini?

Apakah Zahid dan Najib berkomplot untuk menipu rakyat Malaysia kononnya RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib merupakan ‘derma Raja Arab Saudi’?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...