Tengku Shafiz
AGAK melucukan apabila melihat perkataan “menantu” tiba-tiba timbul di layar sosmed dikala darurat ini. Cuma bezanya, populariti #MenantuAbahPM8 belum lagi menjadi trending berbanding #SiBodohKauDengarSini
Kisah mengenai Insider trading ini bukan perkara baharu. Peribahasa Melayu pun ada menyebut : Kalau Tiada Angin, Masakan Pokok Bergoyang.
Saya sedia maklum mengenai pendedahan yang dibuat oleh Saudara Lokman Adam, begitu juga dengan tulisan Abang Che’gu Bard yang dimuat naik di akaun FB miliknya.
Kedua-duanya hebat dan mempunyai karektoristik tersendiri dalam memainkan peranan masing-masing dalam isu ini. Dalam masa yang sama, masing-masing mempunyai objektif tersendiri bersesuaian dengan profesion masing-masing.
Dakwaan timbul apabila penganugerahan projek Sistem Imigresen Bersepadu National (NIIS) untuk Jabatan Imigresen Malaysia kerajaan bernilai RM1.159 bilion kepada IRIS Corporation Berhad (IRIS) dikatakan melalui rundingan dengan syarikat S5 diberikan pada 29 Januari 2021 iaitu ketika Perintah Darurat berkuat kuasa.
Ada 2 bahagian dalam tulisan ini:
1. BAHAGIAN SATU : MENJAWAB LOKMAN ADAM
Untuk bahagian satu ini, saya nak jawab pendek jer untuk saudara lokman adam.
“Bro! lambatnya hang buat kerja.
“Time darurat baru hang nak muncul. Itulah sibuk berpolitik sangat. Hang memang kecoh.
“Meskipun saya tahu bro memang mulut longkang dan sukar untuk dipercayai, tentang isu ini saya ucapkan Tahniah diatas keberanian sebagai penyambung pembongkaran. Sebab apa saya kata
“Pendedahan dan HINT berkenaan pembabitan syarikat S5 dengan menantu PM8 sebagai Insider Trading telah pun dimulakan oleh wartawan Thefrontmedia.com dalam Laporan KHAS mereka seperti berikut:
PANAS! : Insider trading? Satu persoalan kepada penguatkuasa sekuriti di Malaysia
TheFrontMedia Reporter
26 Ogos 2020, 09:50pm
Mengikut keratan akhbar New Strate Times (NST) ini, sebuah syarikat yang dikenali sebagai S5 Systems Sdn Bhd (S5 Systems) kemungkinan akan diberikan kontrak oleh kerajaan Malaysia untuk mengantikan program Sistem Imigresen Malaysia yang di gelar MyIMMS.
Kontrak itu dijangka bernilai berbilion ringgit. Difahamkan, terdapat beberapa syarikat termasuk 4 peneraju utama yang turut masuk membida untuk projek gantian ini.
S5 Systems adalah sebuah syarikat yang memiliki catatan prestasi dan kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam penyediaan penyelesaian keselamatan negara. Ia memiliki basis pelanggan global yang mencakup berbagai segmen, termasuk keselamatan identiti dan dokumen, penguatkuasaan undang-undang, pemantauan perisikan, kastam, imigresen dan kawalan sempadan.
Dalam pasaran saham, sebuah syarikat ConnectCounty Holdings Berhad telah membuat pengumuman bahawa mereka telah memeterai perjanjian untuk membeli syarikat S5 Systems. Namun sebelum itu iaitu beberapa hari yang lepas, syarikat lain, Ancom Logistics Berhad juga telah mengumumkan yang mereka telah memeteraikan perjanjian untuk beli syarikat S5 Systems.
Dalam kedua-dua kes ini, harga saham bagi kedua-dua syarikat melambung dengan serta-merta selepas pengumuman di buat.
Realitinya, tentu ada pihak yang akan untung dalam ‘permainan’ ini. Dengan hanya satu pengumuman sahaja dan selepas itu walaupun perjanjian tidak berlaku, harga saham sudah naik dan individu tertentu sudah membuat keuntungan.
Siapa yang rugi dalam kes ini? Pelabur kecil dari awam? Atau pelabur institusi tempatan terutamanya institusi yang di amanahkan untuk menjaga kepentingan rakyat?
Selalunya kalau pihak berkuasa membuat penyiasatan, jawapan di beri adalah sama dan berulang – kita tak tahu dan perbatalan perjanjian kerana ada perselisihan faham antara 2 pihak selepas perjanjian di meteraikan. Semua alasan ini kita sudah biasa dengar. Rakyat biasa pun boleh hafal alasan seperti ini dalam hati mereka.
Daripada pemukaan peristiwa ini ia jelas menunjukkan bahawa insider trading telah berlaku di mana watak-watak bersembunyi di belakang pelbagai nama syarikat.
Oleh itu, diharapkan pihak penguatkuasa akan menyiasat kes ini dengan teliti. Ini bukan berita palsu tetapi petikan dari akhbar tempatan.
Broker yang sama?
Terdahulu, di bawah pemerintahan Pakatan Harapan sebelumnya, Sistem Imigresen Bersepadu (ISS), satu sistem perkhidmatan imigresen atas talian telah diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Projek ISS pada dasarnya adalah versi baru dari apa yang sebelumnya disebut SKIN atau Sistem Kawalan Imigresen Nasional, bernilai RM3.5 bilion, yang diberikan kepada syarikat Prestariang Bhd melalui rundingan secara langsung (direct award) pada tahun 2017.
SKIN dijadualkan untuk menggantikan program Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) yang ditubuhkan pada tahun 1990-an, yang sudah ketinggalan zaman, lemah, dengan kawalan sempadan terganggu.
Namun, pada bulan Disember 2019, kerajaan Pakatan Harapan membatalkan projek tersebut, yang dijadualkan akan terlaksana pada tahun 2021 kerana kos dan “kelemahan” yang tinggi dalam konsesi SKIN.
Prestariang memutuskan untuk membuat tuntutan undang-undang sebanyak RM732.86 juta dari kerajaan sebagai ganti rugi akibat dari pembatalan tersebut.
Perlu diperhatikan bahawa MyIMMS dikendalikan oleh HeiTech Padu melalui kontrak, yang akan berakhir pada bulan Ogos ini.
Walau bagaimanapun, MyIMMS telah lama keliru, dan laporan ketua audit negara pada tahun 2015 mengatakan ia sebagai “tidak sesuai”.
Prestariang telah bergabung dengan firma pertahanan, teknologi dan keselamatan Perancis, Thales Communications & Security SAS. Prestariang memiliki 70% kepentingan dalam Prestariang Services Sdn Bhd sementara Thales memiliki baki 30%. Prestariang Services memiliki sepenuhnya Prestariang Skin Sdn Bhd, yang memperoleh konsesi 15 tahun dari Kementerian Dalam Negeri pada bulan Ogos 2017.
Sebagai warganegara yang peduli, banyak yang boleh dipelajari mengenai syarikat-syarikat yang mendapat projek rundingan secara langsung dengan KDN antaranya Datasonic Techonologies.
Datasonic Technologies Sdn Bhd, anak syarikat Datasonic Group Bhd menerima Surat Perubahan Skop (LOCS) untuk membekalkan kontrak cip pasport Malaysia daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), tanpa perubahan dalam nilai kontrak .
Kumpulan itu sebelum ini menerima kontrak untuk membekalkan cip pasport Malaysia bagi tempoh lima tahun atau 12.5 juta cip bermula dari 1 Disember 2016 hingga 30 November 2021 bernilai RM318.75 juta.
Apa yang lebih menarik dalam kontrak projek ISS ini, S5 Systems adalah antara pembida yang disenarai pendek dan bahkan boleh menjadi kambing hitam dalam tawaran ini.
Rangkaian dari broker yang sama? Wallahualam.
InshaAllah, esok Bahagian 2.
Sekian.
WAJIB BACA:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
