Kit Siang nafi minta Mahathir singkir Maszlee

Terbaru, satu gerakan dinamakan ‘No Hope Malaysia’ membuat satu lagi petisyen yang kini telah mengumpul lebih 12,000 tandatangan bagi tujuan mendesak Mahathir pecat Maszlee. Sumber (gambar): Fail TTF

Veteran DAP, Lim Kit Siang menafikan dakwaan mengatakan DAP meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkirkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

April lalu, satu pestiyen diadakan bagi mendesak Perdana Menteri memecat Maszlee dan ia berjaya mengumpul lebih 48,000 tandatangan.


KUALA LUMPUR: Veteran DAP, Lim Kit Siang menafikan dakwaan mengatakan DAP meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkirkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, laporan disiarkan beberapa portal yang mengatakan DAP mahu menggantikan Maszlee dengan timbalannya dari DAP, Teo Nie Ching adalah fitnah.

“DAP tidak pernah meminta Dr Mahathir menggantikan Maszlee dengan Nie Ching dan DAP tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana petisyen yang mahukan Maszlee letak jawatan.


“Pembohongan ini hanyalah permulaan penipuan yang akan muncul dalam media sosial pada minggu-minggu akan datang bagi menyebabkan ketegangan, keretakan dan perpecahan Pakatan Harapan,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

April lalu, satu pestiyen diadakan bagi mendesak Perdana Menteri memecat Maszlee dan ia berjaya mengumpul lebih 48,000 tandatangan.

Terbaru, satu gerakan dinamakan ‘No Hope Malaysia’ membuat satu lagi petisyen yang kini telah mengumpul lebih 12,000 tandatangan bagi tujuan yang sama.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...