Kit Siang terkejut Anwar sanggup kerjasama dengan UMNO

Kit Siang mengingatkan Pilihan Raya Negeri Sabah adalah satu peperangan peringkat awal yang akhirnya akan mengubah suasana politik di Malaysia. Sumber (gambar): Fail TTF

كيت سياڠ تركجوت انور سڠڬوڤ كرجاسام دڠن امنو

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui beliau terkejut dengan pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendakwa telah memperolehi sokongan hampir dua pertiga ahli Parlimen sekali gus untuk membentuk kerajaan baharu.

“Kenyataan yang dibuat Anwar hari ini (semalam) amat mengejutkan saya dan ramai orang,” kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri pada satu ceramah politik di sini semalam.

“Pemimpin-pemimpin UMNO tidak menghormati langsung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin pula sedar beliau akan menjadi mangsa pertama sekiranya Parlimen dibubarkan kerana selepas itu, tidak ada orang lagi yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

“Dalam Bersatu sendiri malahan ramai lagi pemimpin lain sekarang begitu mengidam mahu menjadi Perdana Menteri,” kata Kit Siang lagi.


KENINGAU: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui beliau terkejut dengan pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendakwa telah memperolehi sokongan hampir dua pertiga ahli Parlimen sekali gus untuk membentuk kerajaan baharu.

“Kenyataan yang dibuat Anwar hari ini (semalam) amat mengejutkan saya dan ramai orang,” kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri pada satu ceramah politik di sini semalam.




Katanya, sejak 14 September lalu, beliau sudah berada di Sabah dan kali terakhir beliau bertemu dengan Anwar ialah sebelum datang ke Sabah untuk membantu kempen calon-calon Warisan.

“Ketika itu Anwar memberikan jaminan kepada saya bahawa beliau tidak akan menghubungi mana-mana pemimpin UMNO seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Anwar juga kata beliau tidak menghubungi mana-mana pemimpin Pas dalam usaha mendapatkan sokongan semula daripada rakyat,” katanya.

Kit Siang mengingatkan Pilihan Raya Negeri Sabah adalah satu peperangan peringkat awal yang akhirnya akan mengubah suasana politik di Malaysia.

“Kini sudah bukan rahsia lagi apabila pemimpin-pemimpin UMNO ingin Parlimen dibubarkan segera kerana mereka yakin apabila bekerjasama dengan Pas, kemenangan akan memihak kepada mereka dan menjadi Perdana Menteri.

“Pemimpin-pemimpin UMNO tidak menghormati langsung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin pula sedar beliau akan menjadi mangsa pertama sekiranya Parlimen dibubarkan kerana selepas itu, tidak ada orang lagi yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

“Dalam Bersatu sendiri malahan ramai lagi pemimpin lain sekarang begitu mengidam mahu menjadi Perdana Menteri,” kata Kit Siang lagi.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...