Kita mungkin ‘dijajah’ semula…

“Pada hemat saya, apa yang berlaku sekarang bakal mengancam sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Saya seorang saintis, dan percayalah, konsep “lockdown” dan “penjarakkan sosial” bukanlah cara yang betul untuk menangani wabak Covid-19”

Raggie Jessy Rithaudeen

كيت موڠكين ءدجاجهء سمولا…

Kumpulan elit global yang menjaja konsep “The Great Reset” ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) berjaya meyakinkan WHO untuk ‘menjual’ “model lockdown” dan “penjarakkan sosial” sebagai penyelesaian kepada wabak Covid-19.

Model ini menjurus kepada keruntuhan ekonomi sedunia, peningkatan dalam kadar ‘bunuh diri,’ penutupan perniagaan-perniagaan kecil dan ‘larangan am’ terhadap majoriti yang ingin menunaikan tanggungjawab keagamaan mereka.




Model ini diterapkan walaupun statistik angka jangkitan dan kematian akibat komplikasi virus lain dengan tempoh inkubasi yang seakan-akan sama dengan Coronavirus melangkaui statistik angka Covid-19 di Malaysia dan kebanyakan negara dunia.

Saya percaya model ini akan terus dikekalkan dalam bentuk yang lebih sederhana biarpun rakyat dunia disuntik dengan vaksin yang tidak pernah diuji keberkesanannya dengan teliti. Pelbagai alasan akan digunakan, termasuk perlunya dunia bersedia untuk wabak baharu.

Kesemua ini berjaya menjarakkan masyarakat Melayu-Islam dari masjid dan mereka yang bukan beragama Islam dari kuil, gereja dan sebagainya. Semakin anda menjarakkan diri dari agama, semakin mudah untuk anda ‘diprogram’ semula.

Anda mungkin membenci komunisme hari ini, tetapi jangan terkejut jika satu hari nanti kita menjelma menjadi sebuah negara yang mengamalkan ideologi ‘Marxisme’. Saya tidak kata ianya akan berlaku, tetapi saya khuatir kita menjurus ke landasan itu.

Jika “model lockdown” dan “penjarakkan sosial” terus diterapkan atas apa jua sebab, tidak mustahil dalam tempoh kurang dari sepuluh tahun akan lahir satu generasi baharu anak muda yang mudah dipujuk untuk menerima ideologi Marxisme ala-China kerana kelemahan dalam pegangan keagamaan mereka.

Pada ketika itu, lebih separuh industri kecil dan sederhana besar yang wujud akan lenyap, dan masyarakat dunia akan beransur-ansur bergantung kepada kerajaan masing-masing dan dengan rela hati melepaskan hak mereka untuk memiliki harta dan kebendaan.

Inilah yang diinginkan oleh kumpulan elit global yang ‘menjual’ konsep “The Great Reset” – mereka bukannya cuba mendorong inovasi dan automasi seperti yang diwar-warkan, tetapi menjadikan lebih ramai warga dunia bergantung kepada kerajaan.

Loading...

Sebabnya?

Langkah pertama ke arah dominasi global adalah untuk menjenamakan semula pentadbiran kerajaan-kerajaan dunia menerusi ‘norma baharu’ yang akan menyaksikan penindasan kebebasan warganegara dunia menerusi “lockdown” dan “penjarakkan sosial.”

Kerajaan-kerajaan dunia yang menuruti ‘norma baharu’ ini tidak sedar bahawa mereka mungkin sedang ‘dijajah’ oleh kuasa asing menerusi penerapan konsep “lockdown” dan “penjarakkan sosial” yang ‘dijual’ kepada mereka melalui penipuan.

Inilah yang dinamakan “pro-Marxism,” dan akan sampai satu masa bila negara akan ”memiliki ” anda tatkala kumpulan elit kapitalis dunia “memiliki negara anda. Kaum kapitalis akan menjadi lebih kaya, dan anda pula akan bersedia untuk bekerja dengan gaji minima.

Saya seorang saintis, dan percayalah, konsep “lockdown” dan “penjarakkan sosial” bukanlah cara yang betul untuk menangani wabak Covid-19. Terpulanglah jika anda ingin mempercayainya atau tidak.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...