Kita perlu politik matang

Salleh Said Keruak

1. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberi ruang kepada rakyatnya untuk berpartisipasi dalam politik.  Kerajaan juga komited untuk menyekat amalan politik kotor dan fitnah yang boleh memudaratkan negara.

2. Kita tidak perlu lagi kepada politik adu domba, fitnah, pembunuhan karakter, dan juga penyebaran berita-berita palsu kerana amalan buruk ini boleh merosakkan akal budi kita sebagai rakyat Malaysia yang berakhlak dan beradab. Kita boleh berbeza pendapat politik dan berada dalam parti yang berlainan, tetapi janganlah sampai ke tahap kita menyebar berita palsu tentang negara. Misalnya, menyebarkan berita tidak tepat tentang tahap kesihatan ekonomi negara, rasuah dan juga kadar jenayah tanpa menggunakan data-data yang betul. Dalam hal di atas, kerajaan telah mengeluarkan data-data rasmi, maka janganlah pula kita mengambil contoh-contoh terpencil untuk menafikan kejayaan negara kita sendiri hanya kerana kita berbeza pandangan politik.  Inilah yang dimaksudkan kita meraikan perbezaan politik dan pendapat, tetapi janganlah sampai ke tahap mengabaikan kepentingan negara.

3. Menjelang PRU-14 ini, moga kita tidak lagi mengamalkan politik adu domba dan fitnah. Jika kita masih dengan sikap sebegini, maka kita jauh lagi dari mencapai tahap politik matang. Mencapai tahap politik matang adalah tanggungjawab bersama.Hargailah kestabilan politik yang telah kita nikmati selama ini kerana kestabilan dan keamanan ini terlalu mahal harganya.

Source: sskeruak.blogspot.my

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...