“Kita semua jangan lupa dan kita bukan pelupa, kita masih muda …. tol, PTPTN, FELDA..”

Dato’ Azwanddin Hamzah

“Bagi Saya , itu semua adalah alasan semata-mata. Malah Tun Mahathir beliau sendirilah menjadi juara ‘Bapa Segala Jalan Raya Bertol’ Malaysia sepanjang zamannya berkuasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri yang keempat dahulu.”

“Apatah lagi banyak pemegang konsesi tol adalah mereka yang diketahui rapat dengannya atau kroni-kroni dan melibatkan juga saudara mara beliau. Lebih pelik apabila beliau membuat kenyataan di luar negara, seolah-olah mahu elak soalan bertalu-talu wartawan di negara sendiri,”

“Lihatlah sebagaimana janji hapus hutang pinjaman PTPTN dan hasrat memansuhkan semua hutang peneroka Felda yang tidak akan tertunai. Kerajaan PH ternyata membunuh harapan banyak pihak yang mengundi mereka. Ini juga membuktikan rakyat sudah ditipu dan dibohong oleh Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa dan berulang kali memberitahu pada kita agar Melayu jangan lupa. Hari ini saya ingin ingatkan pada beliau, semua orang Melayu sekaligus rakyat Malaysia, kita jangan lupa janji-janji mereka, kita juga tidak mudah lupa.”




“Saya harap akuilah hakikat PH bahawa gagal tunai janji. Janganlah terus guna helah hutang negara serta menyalahkan aliran atau trend dunia terhadap penarikan modal pelabur asing dan kemerosotan nilai ringgit, yang palin penting jangan momokkan isu-isu fitnah untuk menutup kelemahan diri dan juga kelemahan menteri kabinet yang lemah dalam pentabiran negara.”

“Pembinaan lebuh raya Pan Borneo oleh BN di Sabah dan Sarawak adalah bukti bahawa kerajaan dahulu lebih mampu menyediakan laluan darat tanpa tol kepada rakyat berbanding PH yang memerintah Malaysia sekarang. Kita dapat juga mendengar beberapa jalan tol dimansuhkan oleh bekas Perdana Menteri seperti di Shah Alam. Tapi hari ini PH seolah-olah mempertahankan tol dan tidak pula peduli apa yang telah mereka janjikan pada rakyat. Bukan kah ini satu penipuan dan kita tidak lupa, rakyat perlu tuntut!”

“Namun adakah ini sebenarnya keinginan rakyat setelah meletakkan mereka di tampuk kuasa? Saya harap rakyat dapat menilai kualiti kerajaan hari ini. Manifesto pada mereka hanyalah umpan bagi dapatkan kuasa dan rakyat perlu bangkit dan kita sedang ditipu, di permainkan oleh mereka- mereka yang hanya gilakan kuasa dan merompak wang negara untuk anak anak mereka dan juga kenalan-kenalan rapat mereka.”

Dato Azwanddin Hamzah merupakan penasihat kehormat dan tetap Gagasan Tiga (G3)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...