Klaled Nordin sahkan letak jawatan pengerusi Boustead

Mohamed Khaled sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor dari 2013 hingga 2018 dan di bawah kepimpinannya, negeri itu telah menyaksikan pertumbuhan yang stabil dalam ekonomi. Sumber (gambar): Fail TTF

كلاليد نوردين سهكن لتق جاوتن ڤڠروسي بواستاد

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Boustead Holding Berhad esok (Khamis).

Dalam satu kiriman WhatsApp kepada Astro AWANI, Khaled turut mengesahkan surat peletakan jawatannya yang turut tular di media sosial.

Mohamed Khaled, yang memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Malaya, adalah penama pemegang saham terbesar Boustead, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pada Rabu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah megumumkan peletakan jawatannya bagi menyatakan sokongan kepada keputusan parti.


KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Boustead Holding Berhad esok (Khamis).

Dalam satu kiriman WhatsApp kepada Astro AWANI, Khaled turut mengesahkan surat peletakan jawatannya yang turut tular di media sosial.




“Ya (akan meletakkan jawatan esok),” katanya.

Mohamed Khaled sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor dari 2013 hingga 2018 dan di bawah kepimpinannya, negeri itu telah menyaksikan pertumbuhan yang stabil dalam ekonomi.

Mohamed Khaled, yang memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Malaya, adalah penama pemegang saham terbesar Boustead, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pada Rabu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah megumumkan peletakan jawatannya bagi menyatakan sokongan kepada keputusan parti.

Shamsul turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi peluang kepada dirinya berkhidmat sebelum ini.

Terdahulu, Muhyiddin menegaskan bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti, dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah tidak berbangkit.

Beliau juga memaklumkan telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.

Loading...

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...