
ءساي سدر ساي تق اد باڽق ماس دهء
Satu klip audio berdurasi 2.27 minit dari mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertarikh 23hb Februari 2020 tersebar di media sosial hari ini.
Menerusi klip berkenaan, kedengaran suara pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar beliau tidak dipaksa buat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip beliau, sejajar dengan apa yang dikatakan oleh beliau selama ini dan bertentangan dengan dakwaan beberapa pemimpin PPBM sebelum ini.
“Tolong lah jangan paksa…Jangan paksa saya… buat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip saya.
“Saya janji saya tunai, saya janji nak letak jawatan saya akan letak jawatan. Tapi kalau saya janji nak letak jawatan, saya tak dibenar meletak jawatan, itu salah saya sebab keputusan itu ada pada diri saya,” katanya.
“Saya belum letak jawatan, itu lah cerita yang sebenarnya. Sorry I am so emotional about it but a… (menahan sebak) saya sedar saya tak ada banyak masa dah.”
PETALING JAYA: Satu klip audio berdurasi 2.27 minit dari mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertarikh 23hb Februari 2020 tersebar di media sosial hari ini.
Menerusi klip berkenaan, kedengaran suara pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar beliau tidak dipaksa buat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip beliau, sejajar dengan apa yang dikatakan oleh beliau selama ini dan bertentangan dengan dakwaan beberapa pemimpin PPBM sebelum ini.
“Tolong lah jangan paksa…Jangan paksa saya… buat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip saya.
“Saya janji saya tunai, saya janji nak letak jawatan saya akan letak jawatan. Tapi kalau saya janji nak letak jawatan, saya tak dibenar meletak jawatan, itu salah saya sebab keputusan itu ada pada diri saya.
“Tak ada siapa boleh kata “Jangan letak jawatan”. Kalau saya dah buat keputusan, saya akan letak jawatan, lepas itu apa yang saya sebut tadi boleh berlaku.
“Kena pilih baru, kena tentukan orang itu dapat majoriti dan sebagainya. Dan kalau nak saya balik pun saya balik. Itulah cerita pada hari ini,” katanya.
Mahathir turut kedengaran memberi penjelasan bahawa (pada hari tersebut) beliau akan ada mesyuarat dengan pemimpin parti lawan yang menyokong beliau dan akan menyampaikan perkara yang sama dalam pertemuan yang dijadualkan itu.
“Sebab itu, hari ini akan diadakan satu mesyuarat dengan pihak-pihak mereka yang sokong saya dari parti lawan ini akan jumpa dengan saya.
“Dan ini lah juga cerita yang akan saya sampaikan dan dengan itu perancangan untuk mengadap DYMM untuk menyatakan saya dapat sokongan daripada… daripada… majoriti tak perlu dibuatlah kerana saya dah dapat dah sokongan.
“Saya belum letak jawatan, itu lah cerita yang sebenarnya. Sorry I am so emotional about it but a… (menahan sebak) saya sedar saya tak ada banyak masa dah.
“Itu lah pendapat saya.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
