“Adalah wajar jika Ismail Sabri menghadap Yang Di-Pertuan Agong dalam masa terdekat dan mengusulkan pengisytiharan Darurat Politik”
Raggie Jessy Rithaudeen
Kepimpinan UMNO dari kalangan Kluster Mahkamah makin terdesak susulan perkembangan rayuan terakhir SRC melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Maka, tidak mustahil akan berlaku percubaan untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri menerusi penarikan sokongan beberapa ahli parlimen Barisan Nasional terhadap kerajaan.
Kluster Mahkamah dengan sengaja tidak mengendahkan peruntukan perlembagaan yang memberi kuasa budi bicara sepenuhnya kepada Perdana Menteri untuk mengusulkan pembubaran parlimen kepada Yang Di-Pertuan Agong.
Kepimpinan UMNO berpura-pura tidak faham bahawa peranan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri berbeza daengan peranan beliau sebagai ahli UMNO.
Sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri tidak tertakluk kepada sebarang keputusan parti berhubung soal pembubaran parlimen dan hanya bertanggungjawab kepada rakyat, kerajaan dan Yang Di-Pertuan Agong.
Malam ini dijangka pemimpin tertinggi Umno termasuk lima tertinggi akan mengadakan pertemuan dengan perdana menteri di kediaman rasmi.
Pergerakan ini dikatakan untuk memaksa Ismail Sabri mengusulkan pembubaran parlimen, walaupun tindakan ini salah memandangkan parti politik tidak berhak memaksa perdana menteri untuk melakukan sesuatu.
Justeru, adalah wajar jika Ismail Sabri menghadap Yang Di-Pertuan Agong dalam masa terdekat dan mengusulkan pengisytiharan Darurat Politik.
Ini adalah untuk membawa kestabilan politik secara paksa sehingga penggal penuh parlimen tamat, dan dalam tempoh ini, Ismail Sabri boleh mengusulkan Ordinan Darurat yang bersesuaian untuk melumpuhkan terus politik negara.
