Kluster Mahkamah UMNO: Game Over

“Zahid dan Najib tidak menjangka bahawa Ismail Sabri akan melawan balik, dan sedar, bahawa tindakan memecat beliau mungkin mencetuskan pengunduran sejumlah besar menteri dan timbalan menteri dari UMNO ke PPBM sebaik sahaja parlimen dibubarkan tahun depan”

Raggie Jessy Rithaudeen

قلوستر محكمه امنو: ڬايم اوۏر

Pada 6hb April 2022, Kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa pembentangan rang undang-undang (RUU) anti-lompat parti ditangguhkan untuk memberi ruang kepada Kabinet menjalankan lebih banyak kajian mengenai definisi “lompat-parti”.

Pengumuman tersebut merupakan penangguhan buat kali kedua RUU yang dimaksudkan, ke suatu tarikh yang (pada ketika itu) masih belum ditentukan. Namun, pada Isnin lalu, tarikh tersebut akhirnya ditetapkan.




BACA VERSI ASAL DI SINI

Menurut menteri undang-undang, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, RUU yang digembar-gemburkan itu bakal dibahaskan pada 27 Julai, diikuti dengan sesi penggulungan pada keesokan harinya.

Menariknya, versi yang bakal dibahaskan merupakan semakan versi asal yang yang merangkumi takrif “lompat parti” yang tidak masuk akal.

Menurut versi asal, sekiranya parti politik memecat seseorang Ahli Parlimen, Ahli Parlimen berkenaan perlu mengosongkan kerusinya dan memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

Dalam erti kata lain, ahli politik yang dipecat dari parti dianggap sebagai “melompat parti.”

Pelik bukan?

Mujurlah versi baharu yang bakal dibahaskan pada 27hb tidak mengandungi definisi pelik ini, bermakna seseorang Ahli Parlimen yang dipecat dari parti tidak perlu mengosongkan kerusinya.

Ini menimbulkan satu kelemahan, di mana Ahli-Ahli Parlimen kini boleh mengisytiharkan sokongan kepada parti lawan secara terbuka, tanpa perlu risau bahawa mereka akan kehilangan kerusi sekiranya dipecat oleh parti sendiri.

Loading...

Apa pun, versi baharu RUU yang bakal dibentangkan tidak akan membenarkan Kluster Mahkamah menggunakan undang-undang anti-lompat parti sebagai ‘senjata politik’ untuk mencetuskan pelantikan perdana menteri baharu atau pilihan raya umum ke-15.

Andai kata versi asal tidak disemak semula, Datuk Seri Ismail Sabri berdepan risiko kehilangan jawatan Perdana Menteri.

Ini kerana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi boleh sahaja memecat Ismail Sabri daripada UMNO sebaik sahaja RUU anti-lompat parti menjadi undang-undang, sekaligus memaksa Ismail Sabri mengosongkan kerusinya di Dewan Rakyat.

Ini akan menyebabkan Ismail Sabri tidak layak bergelar Perdana Menteri, kerana seseorang yang ingin memegang jawatan Perdana Menteri semestinya menjadi ahli Dewan Rakyat.

Jika Ismail Sabri tumbang, Kluster Mahkamah semestinya menyokong pelantikan seorang Perdana Menteri baharu, dan khabarnya, ada perancangan untuk mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Perdana Menteri ke-10.

Bagaimanapun, memandangkan versi asal RUU anti-lompat parti sudah dipinda, Ismail Sabri boleh terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga Julai 2023 biarpun UMNO bertindak memecatnya setelah RUU berkenaan menjadi undang-undang.

Sehubungan itu, sekiranya undian dibuat terhadap versi baharu RUU itu sebelum 31 Julai 2022, Pakatan Harapan berkemungkinan tinggi akan menyokong RUU berkenaan dan bersetuju untuk meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama kerajaan.

Ini kerana Ismail Sabri akan dianggap sebagai mematuhi salah satu kriteria yang menjadi penentu samada Pakatan Harapan meneruskan MoU atau tidak.

Manakala itu, Najib dan Zahid tidak akan ada sebarang alasan untuk menolak versi baharu RUU yang bakal dibentangkan, kerana mereka sebelum ini pernah bertegas bahawa undang-undang anti-lompat parti “adalah apa yang rakyat mahu.”

Sekiranya Kluster Mahkamah bertindak menarik sokongan terhadap Ismail Sabri selepas itu, beliau dengan mudah boleh mencetuskan usul percaya di parlimen dan membuktikan majoritinya.

Syaratnya, MoU bersama Pakatan Harapan perlu dirunding semula bagi merangkumi sokongan semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Inilah natijahnya bila Zahid dan Najib menganggap diri mereka terlalu bijak bercatur dan cuba memperalatkan rakan seperjuangan sendiri untuk memenuhi kepentingan peribadi.

Mereka tidak menjangka bahawa Ismail Sabri akan melawan balik, dan sedar, bahawa tindakan memecat beliau mungkin mencetuskan pengunduran sejumlah besar menteri dan timbalan menteri dari UMNO ke PPBM sebaik sahaja parlimen dibubarkan tahun depan.

Bukan hanya ini akan mengukuhkan kedudukan PPBM sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, saki-baki penyokong Zahid dan Najib akan menghukum mereka kerana menghancurkan UMNO dan memberi nyawa tambahan kepada parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...