‘Kluster Mahkamah’, Zahid dicabar sangkal dakwaan ini (Pendedahan)

Zahid kerap menuding jari terhadap ‘pihak luar’ yang tidak dinamakan yang ingin ‘hancurkan’ UMNO, walhal, majoriti pemimpin bahagian dan akar umbi parti itu sendiri inginkan perubahan dalam kepimpinan pusat yang kini dikuasai ‘kluster mahkamah’. Sumber (gambar): Fail TTF

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

“Mungkin Zahid terlupa dakwaan setiausaha agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sendiri bahawa UMNO tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana langkah PN untuk “meneruskan kes mahkamah” terhadap UMNO”

Raggie Jessy Rithaudeen

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak berpuas hati ‘musuh UMNO’ melabelkan pemimpin parti itu sebagai ahli ‘kluster mahkamah’ yang ingin mengelakkan diri daripada pendakwaan.

Menulis di Facebook, Zahid mendakwa pihak tersebut tahu Umno adalah “parti keramat bangsa dan agama” yang mampu bangkit semula selepas tewas dalam PRU 2018.




“Kerana itu mereka berusaha gigih menghancurkan Umno ‘once and for all’ sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun usaha itu tidak pernah berjaya kerana kedegilan pemimpin dan ahlinya.

“Untuk itu Umno mahu dalam kawalan mereka pula selepas riwayatnya tidak mampu ditamatkan. Menggunakan broker bertaraf jurucakap dan dakwa merekalah penyatuan ummah,” katanhya.

Ini satu pembohongan.

Mungkin Zahid terlupa dakwaan setiausaha agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa UMNO tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana langkah PN untuk “meneruskan kes mahkamah” terhadap UMNO.

Pada 6hb Januari lalu, Ahmad mengaku perkara itu sebenarnya mengatasi rasa tidak puas hati Umno dalam soal agihan jawatan dalam kerajaan.

Zahid juga kerap menuding jari terhadap ‘pihak luar’ yang tidak dinamakan yang didakwanya ingin ‘hancurkan’ UMNO, walhal, majoriti pemimpin bahagian dan akar umbi parti itu sendiri inginkan perubahan dalam kepimpinan pusat yang kini dikuasai ‘kluster mahkamah’.

Satu Malaysia tahu bahawa kluster ini sering membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak majoriti pemimpin bahagian dan akar umbi UMNO yang mahu parti itu putuskan terus hubungan dengan PPBM berkuat-kuasa serta merta.

Loading...

Ini kerana kluster mahkamah sedang cuba membeli masa sebelum parlimen dibubarkan dengan harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memasuki “perjanjian peralihan kuasa” dengan kepimpinan UMNO dan bersetuju untuk membenarkan UMNO bertanding lebih banyak kerusi berbanding PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15.

Zahid dan kuncu-kuncunya mahu menggunakan ‘perjajian’ ini untuk menyatukan semua bahagian dan cawangan UMNO di bawah kepimpinannya untuk ‘memerangi’ blok kuasa ketiga pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Andai kata rancangan ini berjaya, tidak ada apa-apa yang menghalang ‘kluster mahkamah’ daripada mengkhianati Muhyiddin dan memasuki kerjasama politik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Tetapi Muhyiddin tidak memasuki apa-apa perjanjian dengan UMNO.

Sebaliknya, beliau ‘akur’ dengan keputusan Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO untuk menyokong Perikatan Nasional sehingga parlimen dibubarkan walaupun tahu PPBM akan kalah teruk tanpa bantuan jentera UMNO.

Muhyiddin sudah pasti tahu UMNO turut akan kena teruk di medan Pilihan Raya seandainya berlaku pertembungan antara UMNO dan PPBM di mana-mana kerusi.

Malah, kehadiran blok kuasa ketiga dijangka akan mengurangkan jumlah perolehan kerusi UMNO, PAS PPBM berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 tidak kira samada PPBM, PAS dan UMNO bekerjasama atau tidak.

Saya dengan ini mencabar Zahid untuk menamakan “musuh UMNO” yang dimaksudkannya dan menyangkal dakwaan saya berhubung keretakan dalam UMNO disebabkan kluster mahkamah sendiri.

WAJIB BACA:

Terbongkar lagi, kali ini bagaimana Zahid tipu majoriti pemimpin UMNO

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...