KMM, Tanjung Piai: ‘Permainan’ sebenar Mahathir yang ramai terlepas pandang

Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup. Sumber (gambar): TTF

“Dia hendak buktikan UMNO dan PAS ini berbeza pendapat apabila berdepan isu penyatuan, di mana PAS akan bersifat lebih Islamik manakala UMNO akan bersifat lebih politik”

Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup

Pilihanraya kecil Tanjung Piai bakal menjadi petunjuk sekiranya pengundi Melayu-Islam terima gandingan UMNO dan PAS atau jika mereka tidak percaya UMNO dan PAS mampu sepakat.

Menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup, ini berikutan kenyataan-kenyataan bercanggah yang dibuat presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, dan naib presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, berhubung Kongres Maruah Melayu (KMM).

“Sebelum ini, PAS dan UMNO menganjurkan Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) yang spesifik kepada kedua-dua parti itu.


“Jadi bolehlah kita kata Tanjung Piai ini bakal jadi kayu pengukur keberkesanan HPU serta penerimaan Melayu-Islam terhadap permuafakatan UMNO dan PAS.

“Tetapi kenyataan Hadi dan Khaled berkenaan KMM (kelihatan agak) bercanggah – si Hadi positif, Khaled negatif.

“Dua-dua sentuh isu sama, iaitu ‘wasiat’ (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), tetapi masing-masing berpendapat lain-lain,” katanya.

Semalam, Khaled menyifatkan KMM sebagai “wayang politik” terhebat Mahathir setakat ini kerana mmberi persepsi Melayu sudah bersatu di belakangnya.

Beliau menambah:

“Kalau sekadar untuk menegur sikap bangsa Melayu, ia boleh dilakukan dalam Perhimpunan Agung PPBM sahaja. Nyatakan transformasi bagaimana yang akan Kerajaan PH lakukan untuk bangsa Melayu tanpa rasa apologetik.”

Tidak lama kemudian, Hadi memberi pendapat yang agak positif dengan berkata orang Melayu perlu muhasabah dan menerima positif kritikan daripada Mahathir mengenai sikap Melayu-Islam.

Beliau menambah, kedua-dua HPU dan KMM kelihatan berlainan dan diadakan di tempat berbeza tetapi sebenarnya mempunyai tujuan sama, iaitu perpaduan.

Menurut Rosdzaman, percanggahan pandangan ini sekaligus menjadikan Tanjung Piai kayu pengukur samada pengundi percaya PAS dan UMNO mampu bekerjasama secara jujur.

“Ini bukan lagi soal pengundi terima gandingan UMNO dan PAS tetapi sekiranya mereka percaya UMNO dan PAS sepakat.

“Apa yang pasti, Mahathir berjaya timbulkan keraguan di kalangan pengundi Melayu-Islam yang duduk atas pagar.

“Dia hendak buktikan UMNO dan PAS ini berbeza pendapat apabila berdepan isu penyatuan, di mana PAS akan bersifat lebih Islamik manakala UMNO akan bersifat lebih politik.

“Perkara ini memang subur dalam benak fikiran Tun kerana dia memang lama dengan UMNO, malah, versi UMNO yang ada hari ini dia yang wujudkan (pada tahun 1988).

“Segala apa kelemahan atau kebaikan, dia tahu, dia penyumbang.

“Nak kata dia jahat atau baik, terpulanglah, tetapi inilah ‘pencapaian’ sebenar Tun menerusi penganjuran KMM, tidak lebih dari itu.”



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...