Ko langkahlah mayat aku dulu Kit Siang. G3 tidak akan ke mana-mana

“Gagasan Tiga (G3) tidak akan kemana-mana dan akan kekal sebagai Gagasan Kuasa Ketiga yang terunggul yang pernah lahir di tanahair tercinta ini.

“DAP khuatir akan kemunculan kami kerana takut bangsa Melayu-Islam akan bersatu dan nasib raja-raja Melayu akan terbela.

“Ko jangan harap nak kuburkan kami dengan usaha kau menakut-nakutkan kami menerusi usaha menangkap penasihat saya, Lim Kit Siang.

“Sekiranya aku ditangkap, aku akan mogok dengan membisu dan tidak akan memakan sesuap nasi mahupun minum setitik air sehingga tubuh badan aku tidak bernyawa lagi.

“Lagi banyak ko takutkan kami, lagi kuat semangat kami yang sanggup mengharungi apa jua rintangan demi mencapai matlamat kami.

“Ko langkahlah mayat aku dulu, Kit Siang”

Raggie Jessy

Comments

Comments


Loading...