Komik propaganda: Tidak perlu galakkan ideologi China di negara ini, tegas Mahathir

Penyebaran berleluasa komik propaganda yang didakwa pro-DAP di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina menimbulkan kemarahan pelbagai pihak dan dikecam para pemimpin Melayu-Islam dari kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang. Sumber (gambar): TTF

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tidak perlu mana-mana pihak mempromosikan ideologi China di negara ini.

“Saya percaya China akan mempunyai pengaruh besar ke atas seluruh dunia di masa depan tetapi pada masa ini bukan untuk kami menggalakkan idea dan ideologi China di negara ini,” katanya ketika menjawab soalan peserta Persidangan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Praxis ‘Malaysia Beyond 2020’ di Hilton Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ditanya salah seorang peserta mengenai komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) Meraih Manfaat Bersama’ yang didakwa diedarkan di sekolah.

Penyebaran berleluasa komik yang didakwa ‘pro-DAP’ tersebut di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina menimbulkan kemarahan pelbagai pihak dan dikecam para pemimpin Melayu-Islam dari kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang.


PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tidak perlu mana-mana pihak mempromosikan ideologi China di negara ini.

Menurut portal Sinar Harian Online, beliau berkata Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan sensitiviti kaum yang kukuh.




“Kami tidak mahu rakyat berfikir selepas dipengaruhi oleh Barat sebelum ini, dan kini akan dipengaruhi pula oleh negara China.

“Saya percaya China akan mempunyai pengaruh besar ke atas seluruh dunia di masa depan tetapi pada masa ini bukan untuk kami menggalakkan idea dan ideologi China di negara ini,” katanya ketika menjawab soalan peserta Persidangan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Praxis ‘Malaysia Beyond 2020’ di Hilton Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ditanya salah seorang peserta mengenai komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) Meraih Manfaat Bersama’ yang didakwa diedarkan di sekolah.

Penyebaran berleluasa komik tersebut di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina menimbulkan kemarahan pelbagai pihak dan dikecam para pemimpin Melayu-Islam dari kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang.

Mahathir sebelum ini menafikan terlibat dalam penerbitan komik yang didakwa pro-DAP itu, manakala pejabatnya (PMO) mengesahkan mengambil maklum mengenai isu komik berkenaan tular di media sosial baru-baru ini.

Sabtu lalu, Astro Awani memaklumkan bahawa pihak polis merakamkan keterangan pelukis komik tersebut di Bukit Aman dan mengesahkan akan memanggil dua lagi individu berkaitan penerbitannya dalam masa terdekat.

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan laporan awal oleh bahagian keselamatan kementerian itu mendapati terdapat perkara yang tidak betul dalam komik berkenaan, sekali gus wajar untuk tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang menerbit dan mengedarkan komik tersebut.

Loading...

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, tindakan mempengaruhi minda generasi muda Malaysia dengan perkara sedemikian merupakan satu tindakan yang tidak baik.

“Golongan muda mesti memahami masalah, strategi dan dasar negaranya sendiri terlebih dahulu. Jadi, apabila perlu menangani masalah dengan pihak lain, mereka tahu kedudukan mereka.

“Sebanyak mana kita tidak mahu pengaruh Barat dalam strategi kita ke atas sekolah, kita juga tidak mahu mana-mana negara lain mempunyai pengaruh tidak wajar terhadap generasi muda kita,” katanya.

Dr Mahathir berkata, China sentiasa dianggap sebagai rakan kecuali sewaktu awal tempoh kemerdekaan iaitu ketika China mengamalkan Komunisme yang tidak menjadi pegangan bagi Malaysia.

“Namun memandangkan China telah mengamalkan dasar baharu memberi manfaat, sekali gus mengubahnya menjadi ekonomi kedua terbesar dunia dan sebuah pasaran yang baik, jadi Malaysia melihat ia sebagai peluang positif untuk meneruskan hubungan erat dengan China,” katanya.

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON YOUTUBE, TELEGRAM AND TWITTER:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...