Komplot terancang ‘hitamkan nama Mahathir, lindungi Anwar’

“Nyata sekali wujud satu konspirasi melibatkan beberapa kumpulan cybertrooper dan NGO Melayu-Islam tidak berdaftar yang penerajunya ditaja oleh seorang dua pemimpin Team A.”

Raggie Jessy Rithaudeen

كومڤلوت ترانچڠ ءهيتمكن نام محضير، ليندوڠي انورء

Beberapa bulan selepas Barisan Nasional kecundang di Pilihan Raya Umum ke-14, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi target utama sekumpulan cybertrooper dan organisasi bukan kerajaan (NGO) tidak berdaftar ang beroperasi atas dasar “penyatuan ummah.”

Sehinggalah kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang di penghujung Febuari lalu, retorik yang dimainkan oleh kumpulan-kumpulan berkenaan di media sosial ialah “Tun dikuasai oleh DAP,” “Tun baruah DAP.”




Tetapi pihak yang akhirnya mengisytiharkan pembentukkan kumpulan bebas “Kuasa Ketiga” bersama WARISAN tanpa gandingan rasmi dengan DAP dan AMANAH tak lain tak bukan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Begitu juga, pihak yang akhirnya menolak terus penamaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-9 ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Peliknya, nama Anwar hampir tidak disebut langsung oleh kumpulan-kumpulan Melayu-Islam berkenaan, manakala nama Mahathir begitu hangat diperkatakan setiap hari dengan kata-kata yang teramat anti-Islamik, menghina dan jijik.

Biarpun Mahathir hanya bekerjasama dengan DAP selama tiga setengah tahun berbanding dengan Anwar yang bersekutu dengan DAP selama 22 tahun, hanya nama Mahathir sahaja yang dikaitkan dengan DAP, bukannya Anwar.

Dan biarpun Mahathir menegur secara terbuka kumpulan-kumpulan pro-DAP seperti Dong Zhong tatkala Anwar mempertahankan mereka, hanya Mahathir yang didakwa “berada di bawah pengaruh DAP,” bukannya Anwar.

Jadi nyatalah wujud satu konspirasi terancang melibatkan sekumpulan cybertrooper dan NGO Melayu-Islam tidak berdaftar yang penerajunya ditaja oleh seorang dua pemimpin Team A.

Dan nyata sekali bahawa kumpulan-kumpulan ini sedang cuba melindungi Anwar atas sebab-sebab tertentu yang akan saya huraikan secara bertulis di bahagian-bahagian akan datang.

Loading...

Bagi mereka yang tidak sabar menunggu, anda boleh merujuk kepada pendedahan penuh dengan mengikuti link berikut: Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI).

Wallahu A’lam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...