
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Raggie Jessy Rithaudeen
كومڤلوت تيڬ فاسا قلوستر محكمه، دڤ، انور سجق 2019؟
Susulan dakwaan Ketua Pemuda DAP Howard Lee bahawa terdapat usaha untuk menyah daftar UMNO, pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mempersoalkan sumber maklumat Howard setelah menafikan beliau mendapat maklumat itu dari RoS.
Howard sebelum ini dilaporkan berkata, kebarangkalian usaha menyah daftar UMNO wujud lebih tinggi apabila MCA dan MIC dilihat lebih memihak kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbanding BN pada ketika ini.
“Ia mungkin suatu kehebatan rancangan perpaduan ummah yang diusahakan PN dan beberapa pihak di dalam Muafakat Nasional (MN),” katanya.
Ini bukan kali pertama DAP dilihat memperjuangkan hak UMNO untuk kekal wujud sebagai pertubuhan berdaftar.
Pada 2019, Lim Kit Siang menyeru kerajaan pimpinan Pakatan Harapan agar UMNO tidak diharamkan hanya disebabkan kesalahan beberapa pemimpin.
Pada ketika itu, Kit Siang dianggap membuat kenyataan tersebut sebagai komitmennya terhadap sistem demokrasi dan penentangan ‘politik dendam’.
Namun, motif sebenar beliau kini diragui setelah kepimpinan UMNO beriya-iya hendak jalinkan hubungan kerjasama dengan DAP dengan restu beberapa pemimpin kanan dari parti itu, termasuk Nga Kor Ming.
Kenyataan terkini Ketua Pemuda DAP seolah-olah mengesahkan “permuafakatan rahsia” kluster mahkamah bersama “kluster DAP” dan menimbulkan persoalan samada permuafakatan ini sudah dirancang sejak 2019 lagi.
TONTON JUGA: KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]
Malah, pada ketika Tan Sri Annuar Musa masih lagi bersekutu dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri melontarkan kerelaan UMNO mempertimbangkan kerjasama dengan DAP atas dasar “kematangan politik” alaf baru.
Sebelum ini, pada penghujung 2019, saya pernah menimbulkan kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepimpinan utama DAP dan kluster mahkamah (Team A) bersekongkol secara rahsia untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan sebagai fasa pertama daripada tiga fasa ke arah pembentukkan kerajaan baharu.
Fasa pertama melibatkan usaha menyah stabilkan PPBM menerusi sekongkol kluster mahkamah bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala fasa kedua melibatkan usaha menyah stabilkan kerajaan pimpinan Muhyiddin dan meretakkan hubungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kepimpinan AMANAH.
Fasa ketiga pula melibatkan percubaan untuk membentuk gabungan kerjasama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan ke arah penubuhan kerajaan baharu.
Jika benar wujud komplot ini sepertimana yang didedahkan kepada saya oleh sumber-sumber tertentu, ianya menempuhi kegagalan di fasa kedua apabila Anwar dan kluster mahkamah gagal mendapatkan persetujuan majoriti dari Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Malah, bukan hanya Anwar kini ditolak oleh lebih 50 peratus pemimpin dah ahli parlimen Pakatan Harapan, Zahid dan Najib ditolak oleh majoriti akar umbi UMNO yang inginkan perubahan dalam kepimpinan parti itu.
MUST READ:
Punishment after punishment after punishment for the already suffering rakyat
