Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Satu): Jom mula dari awal…

“Kebanyakkan pemimpin-pemimpin ini, termasuklah Azmin dan sebilangan tertentu dari PAS, mengammbil sikap “tunggu dan lihat” sambil memberikan jaminan kepada Mahathir bahawa sokongan mereka terhadap beliau adalah padu “demi perpaduan sejagat dan ummah”

Raggie Jessy Rithaudeen

كومڤلوت تومبڠكن كراجأن محي الدين ﴿بهاڬين ساتو﴾: جوم مولا دري اول…

Tatkala wabak Covid-19 sedang menular dan menelan lebih ramai mangsa di Malaysia, ada sekumpulan cybertrooper yang bersangkut-paut dengan seorang pemimpin kanan UMNO sedang bertungkus lumus menimbulkan teori konspirasi.

Bagi mereka yang tak tahu, teori ini berkenaan satu komplot yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Azmin Ali bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk ‘membunuh’ Tun Dr Mahathir Mohamad.




Naratif yang dimainkan oleh cybertrooper ini di Facebook, WhatsApp dan Telegram mencadangkan Muhyiddin dan Azmin merancang dari awal untuk mendominasi Perikatan Nasional dan akan perlahan-lahan bawa masuk beberapa pemimpin PKR dan AMANAH untuk menenggelamkan PAS dan UMNO.

Saya difahamkan, puak ini merekacipta naratif tersebut bagi ‘menghalalkan’ kecaman beberapa pemimpin UMNO terhadap komposisi barisan Jemaah Kabinet setelah beberapa individu, termasuk saya, menegur kepimpinan tertinggi UMNO kerana cuba menyahstabilkan gabungan Perikatan Nasional.

Malangnya, naratif yang dimainkan ini hanyalah sekerat daripada komplot sebenar menjatuhkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan melibatkan Azmin, Muhyiddin dan beberapa pemimpin dari UMNO dan PAS.

Naratif ini sengaja direkacipta sebagai fasa kedua rancangan jangka panjang untuk mengembalikan pemimpin-pemimpin dari puak pemimpin kanan yang dimaksudkan di atas ke tampuk kepimpinan negara dan UMNO sebagai kuasa utama dalam kerajaan persekutuan.

Jadi betullah tulisan Kadir Jasin?

Sudah pasti.

Suka tak suka, apa yang sebenarnya berlaku pada mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 23hb Febuari 2020 merupakan hasil perbincangan yang diadakan oleh Muhyiddin secara berasingan dengan Azmin dan beberapa ahli parlimen dari kepimpinan tertinggi PPBM, PAS dan UMNO.

Loading...

Kebanyakkan pemimpin-pemimpin ini, termasuklah Azmin dan sebilangan tertentu dari PAS, mengammbil sikap “tunggu dan lihat” sambil memberikan jaminan kepada Mahathir bahawa sokongan mereka terhadap beliau adalah padu “demi perpaduan sejagat dan ummah.”

Kadir memberitahu, majoriti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bersidang pada 23hb Februari 2020 “seolah-olah dirasuk syaitan kerana bertubi-tubi mengasak Dr Mahathir supaya bersetuju dengan mereka untuk menarik Bersatu keluar daripada PH dan menyertai Umno dan Pas.”

Kadir menulis:

“Bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Zahid Mat Arip, sampai menghentak meja dan berkata buat kali pertama dia menyokong Muhyiddin. Yang saya tahu dia sebelum ini sangat benci kepada Muhyiddin.

“Turut menyokong dengan lantang sampai tidak sedikit pun mempedulikan rayuan Dr Mahathir ada Ahli MPT yang diketahui bercita-cita tinggi seperti Rafiq, Redzuan dan Wan Saiful.

“Ahli MPT yang bercakap mempertahankan Dr Mahathir adalah minoriti dan terdiri daripada mereka yang tidak bercita-cita politik.

“Tapi ada juga yang hipokrit dan tikam belakang. Di depan Dr Mahathir sokong tapi sebenarnya mengkhianati beliau. Dalam hal ini saya, secara peribadi, amat kecewa dengan mainan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja.

“Jelas daripada asakan dan penderhakaan pada 23 Februari itu bahawa konspirasi keluar PH dan bergabung dengan Umno itu sudah dirancang dengan teliti untuk satu jangka masa yang panjang melibatkan watak-watak dalam Bersatu, Umno, PKR dan PAS.”

Ya, memang betul apa yang ditulis oleh Kadir Jasin.

Bersambung esok…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...