Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tujuh): Pergelutan kuasa sudah bermula, tunggu masa je…

“Maaflah sekiranya sesiapa tersinggung, tetapi hakikat tetap hakikat, dan saya mencabar mereka yang terlibat, khususnya, seorang dua menteri UMNO, untuk menafikan perkara ini

Raggie Jessy Rithaudeen

Dalam bahagian keenam, saya menjelaskan bagaimana Datuk Seri Azmin Ali gagal untuk menarik WARISAN dan lebih ramai lagi ahli parlimen dari PKR untuk menyertai Perikatan Nasional bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.




Azmin sebenarnya menjangkakan mereka akan beransur-ansur meninggalkan Pakatan Harapan seandainya beliau berjaya hancurkan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dengan menumbangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan bersama Muhyiddin.

Malangnya, beliau tersalah tafsir sokongan ahli-ahli parlimen terhadapnya dan menganggap kesemua mereka yang menyokongnya akan bersetuju untuk mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad dengan janji impian Anwar berkecai.

Saya mengakhiri bahagian keenam dengan menulis:

Anehnya, sehingga hari ini, kedua-dua Muhyiddin dan Azmin masih tidak mampu mempelawa seorang pun ahli parlimen baharu dari PKR dan AMANAH untuk menyertai blok PPBM dalam Perikatan Nasional (biarpun pelawaan dibuat dengan wang, kuasa dan kedudukan).

Ini bermakna impian Azmin untuk menjadi Perdana Menteri selepas Muhyiddin hancur berkecai, kerana PPBM pada ketika ini tidaklah sebesar mana dalam Perikatan Nasional dan tidak mampu mendominasi kerajaan ataupun perbincangan agihan kerusi apabila tiba masa untuk parlimen dibubarkan.

Ini turut menjadikan Perikatan Nasional gabungan parti pemerintah yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air dari segi bilangan kerusi di Dewan Rakyat (115 kerusi).

Muhyiddin dan beberapa ahli parlimen dari PPBM sebenarnya sudah tahu berkenaan satu komplot untuk menyah-stabilkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional melibatkan sekumpulan ahli politik dari UMNO (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “puak kartel UMNO” atau “puak kartel”).

Loading...

Puak kartel ini cenderung ke arah seorang pemimpin kanan UMNO dan sedang giat menjana arus bawahan dalam parti untuk mengembalikan UMNO sebagai kuasa utama dalam kerajaan persekutuan dengan apa jua cara sekalipun, termasuklah dengan memperkudakan Muhyiddin dan Datuk Seri Azmin Ali.

Sebenarnya, arus bawahan ini sudah lama wujud, di mana puak kartel ini turut sedang berusaha keras mencantas kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan menimbulkan ura-ura kononnya Zahid masih sedang berurusan dengan Anwar.

Malah, Muhyiddin turut dikaitkan dengan Anwar setelah kedua-dua mereka bertemu baru-baru ini, di mana puak kartel sedang cuba menimbulkan persepsi kononnya Muhyiddin sedang berunding dengan Anwar untuk membawa PPBM masuk kembali ke dalam Pakatan Harapan.

Kesemua ini pembohongan belaka – saya akan memperincikannya dengan lebih mendalam menerusi bahagian kelapan siri ini.

Apa pun, fitnah dan taktik “cuba memperbodohkan orang” – termasuk percubaaan untuk memperbodohkan saya – tidak asing lagi dengan puak kartel ini yang pada ketika ini sedang cuba sedaya-upaya untuk meyakinkan dua-tiga ahli parlimen dari PPBM untuk menyertai UMNO.

Ya, bukan hanya puak ini sedang mengenepikan semua ‘rakan sperjuangannya’, termasuk PAS, ahli-ahlinya sedang memberikan serratus-peratus tumpuan kepada usaha memperkuatkan benteng pertahanan seorang pemimpin kanan UMNO yang niat utamanya adalah untuk memegang tampuk kepimpinan negara.

Atas sebab inilah UMNO merungut apabila tidak diberikan lebih banyak jawatan dalam kerajaan. Rungutan ini sebenarnya disebabkan oleh tekanan yang diberikan oleh puak kartel ini yang tidak gentar jika Perikatan Nasional roboh.

Ini memandangkan agenda utama puak berkenaan bukanlah perpaduan atau penyatuan ummah secara menyeluruh, tetapi untuk memegang kembali tampuk kepimpinan negara biar apapun yang perlu dilakukan.

Maaflah sekiranya sesiapa tersinggung, tetapi hakikat tetap hakikat, dan saya mencabar menteri-menteri dari UMNO untuk menafikan perkara ini.

Pada 17hb Mac 2020, saya menulis:

Tindakan beberapa pemimpin UMNO mengkritik kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka menimbulkan persoalan sekiranya parti berkenaan benar-benar sepakat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS dalam menjayakan kerajaan yang baru terbentuk ataupun mempunyai agenda tersembunyi.

Belum sempat dua minggu kabinet persekutuan diumumkan, sudah ada pelbagai rungutan dari pemimpin-pemimpin kanan UMNO yang secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pelantikan barisan Jemaah menteri oleh Perdana Menteri.

Pucuk pangkal perkara ini berkisar di sekitar isu kuasa dan kedudukan serta ‘kelayakan’ dan ‘pengalaman’, walhal, dari sudut Perlembagaan Persekutuan, semua yang dilantik cukup layak bagi menjawat jawatan yang dipegang.

UMNO seharusnya sedar bahawa sokongan terhadap parti tersebut merosot secara sistematik bermula Pilihan Raya Umum ke 13 sehinggalah Barisan Nasional kecundang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kerana dicap sebagai parti yang “angkuh” dan terjerumus dalam gejala “wang, kuasa dan kedudukan (WKK).”

Justeru, ‘pengalaman’ tidak boleh dijadikan faktor utama dalam penentuan jawatan menteri atau timbalan menteri, lebih-lebih lagi jika Perikatan Nasional tidak ingin kesilapan lampau Barisan Nasional diulang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Kepimpinan tertinggi UMNO cukup tahu perihal penyertaan Azmin Ali dalam PPBM sewaktu tertubuhnya Perikatan Nasional dan tidak berhak menyoal Muhyiddin berkenaan pelantikan Azmin sebagai de facto Deputy Prime Minister.

Sebagai langkah awal, sudah pasti Muhyiddin akan memilih seorang yang dipercayainya (Azmin Ali) sebagai “orang paling kanan” memandangkan kerjasama Barisan Nasional dan PPBM adalah secara ‘mengejut’ dan tidak dijangka.

Bukankah begitu?

UMNO harus berhenti bersikap hipokrit kerana kesemua yang terlibat dalam Perikatan Nasional bersetuju menyokong Azmin di Sheraton kerana tahu pengkhianatan Azmin amat perlu bagi menjayakan rancangan untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Minta maaflah, saya tidak nampak kematangan UMNO dalam Perikatan Nasional dan tidak jangkakan kerajaan baru akan bertahan disebabkan budaya pelik yang dibawa-bawa oleh UMNO dari pentadbiran Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Ingin saya tambah di sini, selepas Pilihan Raya Umum ke-14, dan sebelum PAS bersetuju untuk bersama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional, sokongan Melayu-Islam lebih menjurus ke arah PAS daripada UMNO.

Tidak dapat dinafikan bahawa PAS pada ketika itu merupakan kingmaker dan “klorox” yang akhirnya berjaya menjernihkan sedikit imej UMNO di kalangan umat Islam yang bersifat nasionalis dan fundamentalis.

UMNO harus bersyukur atas perkara ini, tetapi sebaliknya, apabila kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang, UMNO langsung tidak mempedulikan “faktor PAS” yang berjaya membawa kembali Barisan Nasional ke dalam kerajaan persekutuan.

Inilah satu lagi sebab mengapa ianya tidak masuk akal apabila UMNO menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pelantikan barisan Jemaah Menteri oleh Perdana Menteri atas pasar “pecaban agihan kerusi parlimen.”

Bukan hanya sikap angkuh puak kartel terang-terang memperlekeh sumbangan dan pengorbanan PAS, ianya diperhatikan oleh sebilangan tertentu ahli parlimen dari PPBM yang tidak lagi yakin dengan kejujuran UMNO.

Ahli-ahli parlimen ini sedang memikirkan masa depan mereka kerana tahu, dengan adanya tekanan dari puak kartel ini, UMNO tidak sekali-kali akan melepaskan tiga puluh atau empat puluh kerusi Dewan Rakyat kepada PPBM bila pilihan raya umum diadakan kelak.

Atas dasar inilah mereka menyesal dengan tindakan PPBM keluar daripada Pakatan Harapan dan sedang berkomunikasi dengan beberapa individu dari kem Mahathir untuk membincangkan masa depan parti.

Mereka turut mendapat maklumat bahawa puak kartel sedang rancang untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional sebelum hujung tahun, mungkin juga selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Saya difahamkan Muhyiddin sendiri tidak lagi yakin dengan kejujuran UMNO dan sedang mempertimbangkan opsen-opsyen yang ada pada dirinya, termasuklah opsyen untuk bersatu kembali dengan kem Mahathir.

Bersambung…

BAHAGIAN SATU HINGGA ENAM:

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Satu): Jom mula dari awal…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Dua): Cara Azmin ‘diperangkap’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tiga): Tetubuhnya kumpulan rahsia diwakili Hishammuddin, Takiyuddin…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Empat): Azmin beritahu kumpulan rahsia ‘Muhyiddin dah bersedia’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Lima): Impian Azmin menjadi Perdana Menteri…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Enam): Sepandai-pandai Azmin melompat, akhirnya terkena getah juga…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...