Kondominium dalam pembinaan runtuh, pekerja terperangkap

Klip video berdurasi 1.04 saat yang disiarkan EdgeProp Malaysia menerusi laman sosial Twitter mendapati ada pekerja binaan dilaporkan terperangkap dalam runtuhan itu. Sumer (gambar): Berita Harian

كوندومينيوم دالم ڤمبينأن رونتوه، ڤكرجا ترڤراڠكڤ

Sebuah kondominium dalam pembinaan di Jalan Desa Bakti 2, Taman Desa, di sini, dilaporkan runtuh kira-kira jam 3.40 petang tadi, ketika hujan lebat.

Ketika ini, lebih 20 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur termasuk dari Balai Bomba Penyelamat Seputeh, Balai Bomba Pantai dan Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur berada di lokasi kejadian bagi mengesan dan menyelamatkan mangsa terperangkap.

Sementara itu, jurucakap Polis Daerah Brickfields mengesahkan pihaknya berada di lokasi kejadian bersama pihak bomba dan pasukan perubatan bagi memantau situasi terkini.


KUALA LUMPUR: Sebuah kondominium dalam pembinaan di Jalan Desa Bakti 2, Taman Desa, di sini, dilaporkan runtuh kira-kira jam 3.40 petang tadi, ketika hujan lebat.

Klip video berdurasi 1.04 saat yang disiarkan EdgeProp Malaysia menerusi laman sosial Twitter mendapati ada pekerja binaan dilaporkan terperangkap dalam runtuhan itu.




Ketika ini, lebih 20 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur termasuk dari Balai Bomba Penyelamat Seputeh, Balai Bomba Pantai dan Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur berada di lokasi kejadian bagi mengesan dan menyelamatkan mangsa terperangkap.

Bagaimanapun, bilangan mangsa terperangkap belum dapat dipastikan.

Difahamkan, seorang mangsa sudah dibawa keluar dan dilaporkan berkeadaan stabil.

Sementara itu, jurucakap Polis Daerah Brickfields mengesahkan pihaknya berada di lokasi kejadian bersama pihak bomba dan pasukan perubatan bagi memantau situasi terkini.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...