Konflik pendirian: Anwar puji Tengku Maimun, Kem Bossku pula mahu Tengku Maimun disiasat

“Wujud konflik pendirian jelas antara Anwar dan kem Bossku, termasuk orang-orang Bossku dalam MKT UMNO, berhubung Tengku Maimun”

Raggie Jessy Rithaudeen

كونفليك ڤنديرين: انور ڤوجي تڠكو ماءيمون، كم بوسسكو ڤولا ماهو تڠكو ماءيمون دسياسات

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Bercanggah dengan pendirian penyokong tegar Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang disifatkan berani dalam mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman.

Anwar juga berterima kasih kepada pendirian teguh Tengku Maimun terhadap kebebasan badan kehakimanan dan hakim secara keseluruhannya dalam menghadapi serangan tanpa henti.




Menurut Anwar, di bawah nakhoda Tengku Maimun, hasrat untuk melihat kebebasan kehakiman yang berterusan kelihatan semakin bertambah cerah dan menjanjikan yang terbaik.

TONTON: RAMAI LAGI PEMIMPIN RASIS DAP SELAIN GUAN ENG YANG LAKUKAN KESALAHAN 3R, WAJIB DISIASAT

“Pelanggaran prinsip pengasingan kuasa secara terang-terangan oleh mereka yang memegang tampuk kuasa tidak lama dahulu, telah menyaksikan serangan yang kejam terhadap badan kehakiman. Ia memuncak dengan kemerosotan proses kehakiman itu sendiri, terutamanya kes melibatkan ahli politik yang telah menimbulkan ancaman serius kepada kuasa yang ada.

“Akibatnya, ada hakim-hakim tertentu membuat keputusan kehakiman yang benar-benar menyimpang daripada unsur-unsur keadilan dan cetusan hati nurani yang baik.

“Bagaimanapun berdiri saya di sini hari ini, saya boleh katakan dengan pasti bahawa sejak saya memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, bukan sahaja saya tidak menceroboh walau sejengkal pun institusi kehakiman ini, malah saya akan mempertahankan dengan apa cara sekalipun, kebebasan badan kehakiman,” katanya.

Sebelum ini, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mendakwa Tengku Maimun tidak sepatutnya berada dalam panel hakim yang mendengar dan memutuskan rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu Ogos tahun lalu.

Menurutnya, ini kerana Tengku Maimun telah terlibat dalam pendengaran rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd.

4 April lalu, Ketua Pemuda UMNO Pekan, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed mendesak kerajaan pimpinan Anwar menubuhkan RCI bagi menyiasat Tengku Maimun Tuan dan hakim-hakim yang terbabit dalam kes SRC Najib.

Loading...

Ahli MKT UMNO Puad Zarkashi turut mempertikai secara tidak langsung keputusan panal hakim yang diketuai oleh Tengku Maimun apabila beliau menuntut keadilan bagi Najib walaupun kes bekas Perdana Menteri itu telah dimuktamadkan.

Puad juga meminta RCI ditubuhkan bagi menyiasat Hakim Nazlan yang didakwa memiliki konflik kepentingan apabila menghakimi kes SRC Najib di peringkat Mahkamah Tinggi, meskipun Tengku Maimun menolak dakwaan itu ketika mengetuai panel lima hakim dalam rayuan terakhir kes SRC Najib.

Tengku Maimun berkata:

“…kami (panel lima hakim Mahkmah Persekutuan) tidak menemui apa-apa dalam usul pemohon, bahawa Mohd Nazlan mempunyai pengetahuan khusus, atau dipengaruhi apa apa pertimbangan yang diperolehi sewaktu beliau berada di Maybank, untuk mengekalkan apa jua penemuan perundangan atau berfakta, berhubung tujuh pertuduhan terhadap tertuduh.”

24 Febuari lalu, satu panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tengku Maimun memutuskan bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dilakukan tanpa mengambil kira aspek berkaitan kebebasan kehakiman, dan tidak mengikut protokol.

Menurut Tengku Maimun, tiada apa petanda yang menunjukkan bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dibuat dengan niat baik dan mengikut protokol yang sepatutnya.

Sebaliknya, siasatan tersebut yang dibuat tanpa sebarang rundingan dengan badan kehakiman telah menimbulkan syak wasangka memandangkan ia dilakukan pada sebelum pendengaran rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Persekutuan.

Pada 19 Jun, Anwar mendedahkan bahawa tiada sebarang bukti kesalahan jenayah dilakukan Hakim Mohd Nazlan berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

TONTON: RAMAI LAGI PEMIMPIN RASIS DAP SELAIN GUAN ENG YANG LAKUKAN KESALAHAN 3R, WAJIB DISIASAT

#PMX #Anwar #Najib #TengkuMaimun #PRN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...