Kongres Kesatuan Sekerja syor pengeluaran Wang Simpanan Pekerja secara ‘one off’

Mohd Affendy yang juga Pemangku Presiden MTUC berkata, keresahan segelintir rakyat wajar dipertimbangkan ketika mereka kini dalam keadaan genting kesan daripada pandemik koronavirus (Covid-19). Sumber (gambar): Fail TTF

متوچ شور ڤڠلوارن قوسڤ سچارا ءاوني اوففء

Cadangan pengeluaran wang akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dilaksanakan secara ‘one off’ supaya pekerja boleh melalui kehidupan ke arah hari tua sebaik mungkin.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kerajaan perlu membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan dan caruman KWSP mereka, namun berdasarkan kriteria tertentu.

Dalam pada itu, beliau tidak bersetuju dengan pendapat segelintir pihak bahawa kemungkinan ramai rakyat Malaysia berhadapan masalah kekurangan wang simpanan selepas bersara jika cadangan itu diluluskan.

“Pengeluaran ini hanya berlaku secara ‘one off’ dan semestinya ada prosedur tertentu bagi menentukan kelayakan pemohon dan kerajaan boleh membantu KWSP bagi menjana pendapatan agensi itu pada masa depan,” katanya.


SHAH ALAM: Cadangan pengeluaran wang akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dilaksanakan secara ‘one off’ supaya pekerja boleh melalui kehidupan ke arah hari tua sebaik mungkin.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kerajaan perlu membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan dan caruman KWSP mereka, namun berdasarkan kriteria tertentu.




“Dalam keadaan sekarang, cadangan tersebut relevan bagi membantu kaum pekerja dan MTUC mencadangkan supaya kerajaan dapat memperhalusi cadangan ini.

“Bagaimanapun, perlu ada kajian serta mekanisme tertentu bagi menentukan garis panduan pengeluaran serta kelayakan bagi mengelak ada pihak mengambil kesempatan selain memastikan mereka yang benar-benar memerlukan sahaja layak mengeluarkannya,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mohd Affendy yang juga Pemangku Presiden MTUC berkata, keresahan segelintir rakyat wajar dipertimbangkan ketika mereka kini dalam keadaan genting kesan daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

“Kita tahu ramai golongan pekerja yang terjejas sehingga hari ini akibat kesan Covid-19.

“Justeru, MTUC amat berharap kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan ini dengan hanya membenarkannya kepada mereka yang betul-betul terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak bersetuju dengan pendapat segelintir pihak bahawa kemungkinan ramai rakyat Malaysia berhadapan masalah kekurangan wang simpanan selepas bersara jika cadangan itu diluluskan.

“Pengeluaran ini hanya berlaku secara ‘one off’ dan semestinya ada prosedur tertentu bagi menentukan kelayakan pemohon dan kerajaan boleh membantu KWSP bagi menjana pendapatan agensi itu pada masa depan,” katanya.

Loading...

Sinar:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...