Kongres Maruah Melayu isyarat paling jelas Anwar tidak relevan, Azmin bakal PM ke 8

KMM turut mengesahkan bahawa Mahathir mendapat sokongan majoriti ahli kabinet dan parlimen, lebih mengutamakan Azmin daripada Anwar dan mungkin mencalonkan Azmin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Ketidakhadiran presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Kongres Maruah Melayu (KMM) yang diadakan di Stadium Melawati hari ini menjadi tanda tanya.

Kongres tersebut berjaya menarik kehadiran pemimpin utama beberapa parti politik, termasuk Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Sekiranya benar Anwar dipinggirkan, ianya merupakan isyarat jelas oleh Mahathir kepada semua parti politik bahawa “Anwar tidak mempunyai pengaruh dalam parlimen dan tidak mampu memimpin masyarakat Melayu-Islam.”

Tindakan Azmin menghadiri Kongres tersebut membuktikan bahawa hubungan Azmin-Anwar retak buat selama-lamanya dan Azmin tidak gentar menentang Anwar atau menunjukkan sokongan padunya terhadap Mahathir secara terbuka.


SUBANG JAYA: Ketidakhadiran presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Kongres Maruah Melayu (KMM) yang diadakan di Stadium Melawati hari ini menjadi tanda tanya.

Ini berikutan kenyataan Anwar kepada wartawan dua hari lalu bahawa beliau tidak mendapat jemputan ke kongres tersebut, anjuran bersama empat universiti tempatan, iaitu oleh Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut sumber, kongres tersebut diadakan susulan desakan yang dibuat oleh Mahathir sendiri kepada Dato’ Hamzah Zainuddin dan Dato’ Yahya Jalil agar satu pertemuan pucuk kepimpinan parti-parti politik yang berteraskan Melayu-Islam diadakan.


Ini menjurus kepada tertubuhnya mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan ‘Kongres Maruah Melayu’ yang dipengerusikan oleh Hamzah dan diangotai oleh Dato’ Dr Latif Ahmad dan Yahya.

Saya dimaklumkan, kerjasama pihak universiti tempatan diurus oleh kedua-dua Latif dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Kongres tersebut berjaya menarik kehadiran pemimpin utama beberapa parti politik, termasuk Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Turut kelihatan timbalan presiden PKR, Dato’ Seri Azmin Ali, menandakan jemputan yang dibuat tidak tertumpu semata-mata kepada parti politik yang berteraskan Melayu-Islam tetapi juga parti politik yang “majoritinya Melayu-Islam.”

Ketidakhadiran Anwar menimbulkan persoalan bagaimana beliau tidak dijemput sedangkan Azmin boleh dijemput biarpun hanya berjawatan timbalan presiden PKR.

Sekiranya benar Anwar dipinggirkan, ianya merupakan isyarat paling jelas oleh Mahathir kepada semua parti politik bahawa “Anwar tidak mempunyai pengaruh dalam parlimen dan tidak mampu memimpin masyarakat Melayu-Islam.”

Tindakan Azmin menghadiri Kongres tersebut turut membuktikan bahawa hubungan Azmin-Anwar retak buat selama-lamanya dan Azmin tidak gentar menentang Anwar atau menunjukkan sokongan padunya terhadap Mahathir secara terbuka.

Ia turut mengesahkan bahawa Mahathir lebih mengutamakan Azmin daripada Anwar dan mungkin mencalonkan Azmin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

RJ RITHAUDEEN



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...