Kontrak perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN dipendekkan

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Dr Sabin Samitah. Sumber (gambar): Berita Harian

كونترك ڤرخدمتن كتوا ڤڬاواي ايكسيكوتيف لهدن دڤينديقكن

Kontrak perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Dr Sabin Samitah dipendekkan, berkuat kuasa esok.

LHDN dalam satu kenyataan ringkas petang ini memaklumkan, pemendekan kontrak itu mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.

Minggu lalu, portal berita FMT melaporkan Sabin memberitahu pengurusan kanan badan itu mengenai hasratnya untuk melepaskan jawatan dengan Jumaat lalu menjadi hari terakhirnya di LHDN.

Sabin yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif badan itu berkuat kuasa 12 Disember 2016 menggantikan Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar yang tamat kontrak.


Putrajaya: Kontrak perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Dr Sabin Samitah dipendekkan, berkuat kuasa esok.

LHDN dalam satu kenyataan ringkas petang semalam memaklumkan, pemendekan kontrak itu mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.




“Pemendekan kontrak perkhidmatan ini juga dipersetujui oleh Datuk Seri Dr Sabin Samitah bagi membolehkan beliau menceburi bidang lain yang bersesuaian dengan minat beliau.

“LHDN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Dr Sabin Samitah atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di LHDN dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” katanya.

Minggu lalu, portal berita FMT melaporkan Sabin memberitahu pengurusan kanan badan itu mengenai hasratnya untuk melepaskan jawatan dengan Jumaat lalu menjadi hari terakhirnya di LHDN.

Sabin yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif badan itu berkuat kuasa 12 Disember 2016 menggantikan Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar yang tamat kontrak.

Sumber:

TONTON:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...