Kontroversi LCS: Keputusan berani PM nyahklasifikasi laporan JKSTUPKK & arahan untuk percepatkan siasatan SPRM wajar dipuji

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

كونتروۏرسي لچس: كڤوتوسن براني ڤي عيم ڽهكلاسيفيكاسي لاڤورن جك ستوڤقق & ارهن اونتوق ڤرچڤتكن سياستن سڤرم واجر دڤوجي

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :




1. Pada hari semalam, Selasa 09.08.2022 saya telah siarkan satu VIDEO menerusi Siri : 3470 memberikan tiga (3) saranan berpandungan prinsip perundangan dan kedaulatan undang-undang berhubung kontroversi berkaitan Laporan PAC berhubung PEROLEHAN KAPAL PERONDA GENERASI KEDUA – LITTORAL COMBATANT SHIP (LCS) BAGI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA.

2. Saya telah di Perenggan 3a hingga 3c di Siri : 3470 menyatakan :

“3. Dalam Video yang dimuat naik di bawah, saya telah menyentuh 3 aspek konsep kedaulatan undang-undang yang disarankan untuk dipatuhi oleh Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa untuk melicinkan proses menangani isu ini ke arah penyelesaian terbaik untuk kepntingan negara dan kesejahteraan Rakyat, yang mana adalah :

a. Kebolehan dan keperluan menyahklasifikasi Laporan JKSTUPKK berhubung Perolehan Enam Buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV), Berkeupayaan Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia,

b. Keperluan dan kewajaran pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk keluarkan Kenyataan Rasmi Berkala setiap minggu untuk mendedahkan perkembangan dan hasil siasatan yang dilakukan dalam kes ini, dan

c. Keperluan dan kewajaran untuk Perdana Menteri ISMAIL SABRI YAAKOB menggantikan sementara Menteri Pertahanan HISHAMMUDDIN HUSSEIN ONN dengan individu lain, supaya sisatan oleh pihak berkuasa dapat dilakukan dengan penuh prefesional dan integriti, tanpa pun penampilan apa-apa tohmahan ataupun alegasi khusus, berkaitan HISHAMMUDDIN HUSSEIN ONN, yang merupakan Menteri Pertahanan untuk tempoh 5 tahun antara 16.05.2013 hingga 10.05.2018.”

3. Sukacita dinyatakan dan TAHNIAH diucapkan kepadA Kerajaan Perdana Menteri ISMAIL SABRI YAAKOB yang dengan serta merta mengumumkan pelaksanaan dua (2) daripada 3 SARANAN di sana iaitu secara khusu berkaitan isu yang dibangkitkan di Perenggan 3a dan 3b iaitu :

Loading...

“a. Kebolehan dan keperluan menyahklasifikasi Laporan JKSTUPKK berhubung Perolehan Enam Buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV), Berkeupayaan Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia,

b. Keperluan dan kewajaran pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk keluarkan Kenyataan Rasmi Berkala setiap minggu untuk mendedahkan perkembangan dan hasil siasatan yang dilakukan dalam kes ini,”

4. MALAYSIAKINI 10.08.2022 bertajuk “Kerajaan mahu ubah status rahsia audit forensik LCS” telah melaporkan antara lain :

“Kerajaan mencadangkan supaya Laporan audit Forensik Projek kapal tempur pesisir (LCS) pada 2019 dinyah klasifikasikan.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob proses itu perlu mendapat nasihat Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, kabinet juga memutuskan agar Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh bekas ketua audit negara Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum.

“Saya bagi pihak kerajaan, memberi jaminan bahawa siasatan berhubung isu ini dijalankan dengan telus dan kerajaan tidak akan melindungi sesiapa pun yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, kabinet juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyegerakan siasatan dan Peguam Negara Idrus Harun diminta mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Ismail juga mendedahkan dia telah memanggil Idrus, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki selepas mesyuarat kabinet supaya siasatan segera diambil selaras dengan keputusan mesyuarat kabinet hari ini.”

5. Saya sesungguhnya percaya antara yang penting dalam sistem tadbir urus negara adalah apa yang betul dan tepat dilaksanakan oleh Kerajaan hendaklah diiktiraf dan disokong, namun apabila ada kesalahan ataupun kepincangan maka ianya menjadi tanggungjawab Rakyat untuk kritik dengan membina agar ianya dituruti sebaiknya oleh pihak berkaitan.

6. Justeru, dalam mengharap agar arahan-arahan ISMAIL SABRI YAAKOB itu dapat dituruti oleh kesemua pihak berkenaan, ianya masih menjadi SARANAN saya bahawa SARANAN Ke-3 dalam Perenggan 3c Siri : 3470 juga dapat dilaksanakan dengan serta merta untuk mematuhi konsep kedaulatan undang-undang berkaitan pemberhentian HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN sebagai Menteri Pertahanan sehingga kontroversi berhubung PEROLEHAN KAPAL PERONDA GENERASI KEDUA – LITTORAL COMBATANT SHIP (LCS) BAGI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

TANPA GUNDAH – GANJARA !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...