KONTROVERSI SEBENAR MEMBABITKAN STATUT ROM YANG DILEPAS PANDANG UMUM

Raggie Jessy Rithaudeen

Beikut adalah kenyataan rasmi Gerakan Bangsa Nasional berhubung isu Statut Rom:

Rabu lepas, bersamaan 15hb Mei 2019, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat kenyataan rasmi di mana badan tersebut mengesahkan menerima notis bertarikh 29hb April 2019 dari kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar Negeri pimpinan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dari Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah.




Kenyataan tersebut menerima pelbagai reaksi dari segenap lapisan masyarakat, walaupun rata-ratanya, majoriti pengguna media sosial yang sebelum ini mempertikai samada benar kerajaan Malaysia menarik diri dari Statut Rom menerima pengesahan tersebut sebagai bukti pengunduran negara kita daripada perjanjian tersebut.

Tanggapan ini kurang tepat, biarpun laman web PBB serta laman-laman web lain tidak lagi menyenaraikan Malaysia sebagai pihak kepada Statut Rom.

Hakikatnya, masih ramai lagi yang tidak memahami kontroversi sebenar membabitkan Statut Rom dan tersalah tafsir maksud kenyataan dari PBB kerana tidak memahami beberapa fakta yang menjadi asas kepada perjanjian antarabangsa tersebut.

Justeru, marilah kita sama-sama menghayati perkara-perkara yang berkaitan sambil kita selami tindak-tanduk kerajaan Malaysia supaya kita jelas akan situasi sebenar dan tidak tersasar daripada perjuangan kita.

APA YANG SAIFUDDIN LAKUKAN  

1. Pada 5hb April 2019, Kementerian Luar Negeri Malaysia pimpinan Saifuddin Abdullah secara rahsia mengutuskan sepucuk surat kepada Setiausaha Agong PBB (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Surat Persetujuan Malaysia”) untuk menyatakan persetujuan kerajaan Malaysia untuk terikat secara sah kepada semua peruntukan perundangan di bawah Statut Rom.

2. Hakikatnya, masih ramai yang tidak tahu bahawa tindak-tanduk Saifuddin melanggar peruntukan yang terkandung dalam Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan merupakan satu penghinaan kepada kedaulatan dan kemuliaan institusi diraja.

PERKARA 38(4) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

3. Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa mana-mana undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja tidak boleh diluluskan selagi tidak mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

HUBUNGKAIT STATUT ROM DENGAN PERKARA 38(4)

4. Statut Rom mewajibkan semua negara yang menangotainya membenarkan mana-mana individu yang dituduh melakukan jenayah (yang tersenarai dalam Perkara 5 perjanjian tersebut) untuk dihadapkan ke Mahkhamah Kriminal Antarabangsa (ICC).

5. Ini termasuk Yang di-Pertuan Agong, memandangkan Statut Rom tidak memberikan kedudukan istimewa kepada ketua mana-mana negara sepertimana ianya diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan yang hanya membenarkan Yang di-Pertuan Agong dihadapkan ke Mahkhamah khas di dalam negara.

6. Justeru, persetujuan kerajaan Malaysia untuk terikat secara sah kepada semua peruntukan perundangan di bawah Statut Rom memerlukan pindaan beberapa peruntukan dibawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia – termasuk perkara 32, 33, 181 dan 182 – bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong dihadapkan ke ICC.

7. Pindaan tersebut memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja, sejajar dengan peruntukan Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan memandangkan ianya bersangkut-paut dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja tidak boleh diluluskan selagi tidak mendapat

APAKAH KERAJAAN MALAYSIA TELAH MENIPU PBB?

8. Kementerian Luar Negeri Malaysia pimpinan Saifuddin Abdullah sememangnya telah melakukan satu penipuan yang besar kepada PBB apabila mengutuskan Surat Persetujuan Malaysia kepada Setiausaha Agong PBB.

9. Ini memandangkan PBB memerlukan setiap negara mematuhi peruntukan perlembagaan masing-masing sebelum meratifikasi ataupun menyatakan persetujuan mereka untuk menjadi pihak kepada perjanjian tersebut.

10. Kerajaan Malaysia gagal melakukan apa yang patut kerana tidak mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu dan tidak membentangkan usul penyertaan Malaysia dalam Statut Rom di Parlimen.

11. Justeru, Kementerian Saifuddin telah memberikan persepsi kepada PBB seolah-olah Surat Persetujuan Malaysia tidak melanggar mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan telah dibincangkan dengan semua pihak yang berkaitan.

KEKELIRUAN YANG TIMBUL DI KALANGAN RAKYAT BERHUBUNG SATUT ROM

12. Ramai yang berpendapat bahawa Malaysia menjadi pihak kepada Statut Rom berikutan tindakan Saifuddin menurunkan tandatangan pada perjanjian tersebut pada 5hb April 2019.

12. Ini tidak benar.

13. Sebaliknya, PBB bersetuju menerima Malaysia sebagai pihak kepada perjanjian tersebut (berkuatkuasa 1hb Jun 2019) sebaik selepas Kementerian Saifuddin mengutuskan Surat Persetujuan Malaysia.

14. Justeru, adalah tidak penting bagi kita mempertikaikan samada Saifuddin menandatangani perjanjian tersebut atau tidak kerana tandatangan sahaja tidak menjadikan sesebuah negara pihak kepada Statut Rom ataupun mana-mana perjanjian antarabangsa.

15. Sebaliknya, apabila sesebuah negara menandatangani Statut Rom, ianya sekadar menyatakan hasrat untuk menurut peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam perjanjian tersebut, tidak lebih dari itu.

16. Hanya apabila negara tersebut menyatakan persetujuan untuk terikat secara sah kepada semua peruntukan perundangan di bawah Statut Rom akan negara itu disifatkan sebagai “pihak kepada perjanjian.”

17. Di Malaysia, persetujuan sedemikian hanya boleh diutuskan oleh Kementerian Saifuddin ataupun mana-mana institusi yang sah mewakili kerajaan Malaysia, termasuk Pejabat Perdana Menteri.

APAKAH MALAYSIA BENAR-BENAR MENARIK DIRI DARI STATUT ROM?

18. PBB membuat pengesahan bahawa kerajaan Malaysia, menerusi satu notis bertarikh 29hb April 2019 (yang diutus oleh Kementerian Saifuddin, kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Notis Pengunduran”), menyatakan hasratnya untuk menarik Surat Persetujuan Malaysia secara rasmi berkuatkuasa serta merta.

19. Ini sejajar dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum ini yang sah diperlakukan di mana-mana mahkhamah di dunia.

20. Malangnya, ini tidak bermaksud negara kita akan dibatal terus pembabitannya dalam Statut Rom berkuatkuasa serta-merta.

21. Ini memandangkan Perkara 127 perjanjian tersebut jelas memperinci bahawa pengunduran mana-mana negara hanya akan berkuatkuasa setahun dari tarikh negara tersebut mengutus notis pengundurannya kepada Setiausaha Agong PBB.

APAKAH INI BERMAKSUD MALAYSIA MASIH LAGI PIHAK KEPADA STATUT ROM?

22. Tidak ada kenyataan rasmi dari PBB yang mengesahkan perkara tersebut biarpun nama Malaysia tidak lagi tersenarai di laman web PBB mahupun laman-laman web lain.

23. Walaubagaimanapun, bukan itu yang harus menjadi tumpuan, memandangkan kerajaan Malaysia sememangnya telah menghantar Notis Pengunduran kepada Setiausaha Agong PBB.

24. Malah, tidak ada apa-apa yang perlu dikhuatiri selagi pindaan perkara-perkara yang berkaitan (rujuk hujah bernumbor 6) tidak mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

KONTROVERSI SEBENAR MEMBABITKAN STATUT ROM 

25. Rakyat Malaysia seharusnya memberi tumpuan kepada Saifuddin Abdullah dan bukannya orang lain yang tidak boleh dibuktikan pembabitannya dalam isu Statut Rom.

26. Pada pandangan GBN, Saifuddin wajar dipecat kerana tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebelum mengutus Surat Persetujuan Malaysia kepada Setiausaha Agong PBB.

27. Malah, beliau tergamak mengutus surat tersebut tanpa membincangkan isi kandungannya terlebih dahulu di Parlimen berama-sama ahli-ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang.

28. Tindak-tanduk beliau bukan hanya menghina raja-raja Melayu, ianya turut merupakan satu penghinaan kepada institusi parlimen, institusi demokrasi dan turut merupakan penyalahgunaan kuasa oleh seorang yang menjawat jawatan menteri.

29. Saifuddin bertindak seolah-olah negara ini milik beliau dan Perlembagaan Persekutuan hanya sekadar beberapa helai kertas yang tidak penting dan boleh dicabuli pada bila-bila masa.

30. Rakyat Malaysia seharusnya menuntut agar kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa ataupun tribunal bagi menyiasat sekiranya ada dalang dari DAP yang bersubahat dengan Saifuddin untuk memijak institusi diraja dengan mengutus Surat Persetujuan Malaysia kepada Setiausaha Agong PBB.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...