
Ahli Parlimen Teluk Intan dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan bagi siasatan status yang dimuat naik dalam akaun Facebook, Nga Kor Ming Super Fans Page yang dipercayai menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.
Sebelum ini, polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan terhadap pemilik Facebook, Nga Kor Ming Super Fans Page dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Kor Ming memaklumkan satu laporan bersama bukti akan diserahkan kepada polis selepas mendakwa wujud konspirasi politik jahat yang cuba mencemar nama baiknya dan DAP.
Beliau mendakwa, bahawa kenyataan yang dikongsi Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebook, merupakan akaun palsu yang menyamar mewakili dirinya dan DAP.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Teluk Intan dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan bagi siasatan status yang dimuat naik dalam akaun Facebook, Nga Kor Ming Super Fans Page yang dipercayai menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.
Ahli Parlimen Teluk Intan itu tiba kira-kira pukul 1.25 petang dengan menaiki kereta rasmi kerajaan negeri, Proton Perdana.
Turut menemani beliau, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ngeh Khoo Ham; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer; Ahli Parlimen Bukit Gelugor,; Ramkarpal Singh; Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar dan beberapa pemimpin DAP Perak.
Sebelum ini, polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan terhadap pemilik Facebook, Nga Kor Ming Super Fans Page dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Kor Ming memaklumkan satu laporan bersama bukti akan diserahkan kepada polis selepas mendakwa wujud konspirasi politik jahat yang cuba mencemar nama baiknya dan DAP.
Beliau mendakwa, bahawa kenyataan yang dikongsi Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebook, merupakan akaun palsu yang menyamar mewakili dirinya dan DAP.
Sumber:
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
