
كريسيس بڠك چينا: واڠ سيمڤنن دبكو، كراجأن كراه كريتا كبل برڤريساءي هالڠ ڤنونجوق ڤراسان
Dalam usaha untuk membanteras penunjuk perasaan yang mahu keluarkan simpanan mereka, kerajaan China mengerahkan kereta kebal berperisai ke beberapa lokasi untuk menghalang mereka sampai ke bank.
Ramai orang terlibat dalam tunjuk perasaan sejak beberapa minggu lalu selepas cawangan Henan Bank of China mengisytiharkan bahawa simpanan di cawangan itu kini ‘produk pelaburan’ dan tidak boleh dikeluarkan.
Menurut notis Biro Penyeliaan Kewangan Wilayah Henan, beberapa pendeposit bank di kampung dan bandar Henan sepatutnya mendapatkan semula deposit mereka pada 15 Julai.
Namun, media negara China setakat ini tidak menyiarkan apa-apa tentang pembayaran balik itu.
Dalam usaha untuk membanteras penunjuk perasaan yang mahu keluarkan simpanan mereka, kerajaan China mengerahkan kereta kebal berperisai ke beberapa lokasi untuk menghalang mereka sampai ke bank.
Insiden ini mengingatkan orang ramai tentang Pembunuhan beramai-ramai di Dataran Tiananmen pada 1989 di mana beribu-ribu penunjuk perasaan pelajar terbunuh ketika mencari kebebasan politik yang lebih besar.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Ramai orang terlibat dalam tunjuk perasaan sejak beberapa minggu lalu selepas cawangan Henan Bank of China mengisytiharkan bahawa simpanan di cawangan itu kini ‘produk pelaburan’ dan tidak boleh dikeluarkan.
Perintah itu dilancarkan pada April tahun ini.
Laporan media tempatan mendakwa Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) melancarkan kereta kebal di jalanan untuk melindungi bank berkenaan.
Video yang muncul dalam talian menunjukkan lebih daripada 1,000 pendeposit berkumpul di luar cawangan Zhengzhou bank pusat negara itu, Bank of China, untuk melancarkan bantahan terbesar.
Menurut laporan, video itu dari 10 Julai, tetapi menjadi viral pada 21 Julai.
Menurut notis Biro Penyeliaan Kewangan Wilayah Henan, beberapa pendeposit bank di kampung dan bandar Henan sepatutnya mendapatkan semula deposit mereka pada 15 Julai.
Namun, media negara China setakat ini tidak menyiarkan apa-apa tentang pembayaran balik itu.
Sementara itu, menurut laporan Bloomberg, pihak berkuasa China telah memberi jaminan akan membayar balik lebih ramai mangsa kerana ia bertujuan untuk menenangkan pelanggan yang marah.
Menurut pejabat tempatan Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan dan Insurans China, pelanggan dari empat bank luar bandar di wilayah tengah Henan dan satu di Anhui dengan deposit sehingga 100,000 yuan ($14,800) akan dibayar balik mulai 25 Julai.
Terdapat hampir 4,000 bank kecil dan sederhana di China yang secara kolektif mengawal hampir $14 trilion dalam aset, menurut Bloomberg.
