
“Idris tidak menjangka bahawa Zahid akan melucutkan keahliannya dalam UMNO dan meminta Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan”
Raggie Jessy Rithaudeen
كريسيس ملاك: إدريس هراون دمڠساكن زاهيد
Tidak ramai tahu, hubungan Datuk Seri Idris Haron dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memang bermasalah sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lagi.
Setelah Barisan Nasional kecundang di Pilihan Raya Umum ke-14, berlaku satu indiden di mana Idris mendakwa seolah-olah ada unsur sabotaj apabila dirinya hanya diberikan notis jemputan pada saat akhir pada Majlis Lawatan Zahid ke Melaka.
Idris mendakwa beliau terkejut dan kecewa kerana dimaklumkan lambat mengenai kehadiran Zahid menyebabkan dirinya tidak dapat memenuhi undangan ke majlis itu.
Malah, beliau membangkitkan kewajaran program lawatan Zahid yang seolah-olah ‘disengajakan’ dianjur bersebelahan ‘kawasannya’, iaitu di DUN Paya Rumput, yang menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Sebelum itu, pada bulan Jun 2018, Idris gagal mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu ketika pemilihan parti.
Sebelum pemilihan parti, beberapa individu mendesak Idris untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu tanpa memberikan alasan yang munasabah.
Ada ura-ura bahawa Idris kalah disebabkan politik wang dan janji yang ditabur kepada beberapa pemimpin UMNO Melaka yang diberitahu bahawa Idris harus ‘digugurkan’ kerana Zahid akan menang pemilihan jawatan Presiden UMNO menentang Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Pendek kata, masalah di antara Idris dan Zahid bukanlah baru, dan bukan niat saya untuk menyelongkar puncanya dalam terbitan ini, cuma tidak benar kononnya krisis politik Melaka yang terkini berpunca daripada isu agihan pasir semata-mata.
Walaupun ‘dicantas’ dari jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu oleh kem Zahid dan dinafikan jawatan Ketua Menteri selepas Langkah Sheraton, Idris masih mempunyai pengaruh dalam UMNO Melaka.
Zahid pula ingin melihat keberkesanan dan kemampuan bersama jentera Pilihan Raya UMNO, DAP dan PKR jika ketiga-tiga parti ini menjalinkan hubungan kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15, yang dijangka berlaku sebelum hujung tahun ini.
BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI
Cara yang paling berkesan untuk menilai keberkesanan kerjasama ini ialah menerusi Pilihan Raya Negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri Melaka merupakan ahli UMNO dan sekutu rapat Zahid.
Jadi adakah Zahid dalang di sebalik krisis politik Melaka dan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka?
Itulah kisahnya dari sumber dalaman UMNO, yang mendakwa Idris ‘dipengaruhi’ oleh pihak tertentu dari dalam UMNO Melaka untuk bersama Pakatan Harapan menentang Ketua Menteri Melaka.
Menurut versi ini, Idris beranggapan bahawa jika kerajaan Melaka yang dipimpin oleh UMNO tumbang, Zahid mungkin akan berunding dengannya untuk ‘menyelamatkan’ keadaan dan bersetuju untuk mencalonkannya sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Jadi apa yang berlaku di Melaka semuanya sandiwara, namun Idris tidak menjangka bahawa Zahid akan melucutkan keahliannya dalam UMNO dan meminta Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan.
Berdasarkan versi ini, kedua-dua Idris dan Zahid memiliki agenda peribadi namun Idirs akhirnya diperalatkan oleh Zahid tanpa pengetahuannya.
Benar atau tidak, amat pelik apabila Yang Di-Pertua Negeri Melaka terus bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka tanpa bertemu terlebih dahulu dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri.
Bersambung…
WAJIB BACA:
Inilah sebabnya Pilihan Raya Negeri Melaka amat penting buat Anwar, Kluster Mahkamah
