
“Zahid sebenarnya bersetuju Pilihan Raya Negeri diadakan, namun matlamatnya agak berbeza dengan matlamat kepimpinan UMNO Melaka”
Raggie Jessy Rithaudeen
كريسيس ملاك: زاهيد تڠه ڤنيڠ، اد كريسيس بارو…
Isnin lalu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi memberi semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri baharu.
Ia susulan tindakan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Namun keesokkan harinya, Zahid membuat U-Turn apabila memberi gambaran kemungkinan pengisytiharan darurat diperlukan bagi menghalang berlakunya Pilihan Raya Negeri di Melaka.
Pada hari yang sama, DUN Melaka tiba-tiba dibubarkan selepas cadangan yang dikemukakan oleh Sulaiman mendapat kelulusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.
Kemudian, Zahid mengesahkan bahawa UMNO tidak mungkin akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
“Saya minta maaf … No way,” beliau dipetik sebagai berkata.
Hari ini pula, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan bahawa UMNO “masih belum membuat keputusan sama ada ingin bertanding solo atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional dalan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.”
Nampak?
BACA JUGA: IDRIS HARON DIDAKWA MAHU JADI KETUA MENTERI
Zahid sebenarnya bersetuju Pilihan Raya Negeri diadakan, namun matlamatnya agak berbeza dengan matlamat kepimpinan UMNO Melaka.
Bagi Sulaiaman dan Ab Rauf Yusoh, misi utama UMNO Melaka ialah memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional di peringkat negeri walaupun terpaksa bekerjasama dengan Perikatan Nasional bagi menentang Pakatan Harapan dan kem Idris Haron.
Bagi Zahid pula, misi Pilihan Raya Negeri Melaka ialah untuk menilai keberkesanan dan kemampuan bersama jentera Pilihan Raya UMNO, DAP dan PKR jika ketiga-tiga parti ini menjalinkan hubungan kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15, yang dijangka berlaku sebelum hujung tahun ini.
Jika Pilihan Raya Negeri Melaka memerlukan UMNO bekerjasama dengan PPBM dan UMNO bertembung dengan Pakatan Harapan di banyak kerusi, Zahid lebih rela Darurat diisytiharkan dan Pilihan Raya Negeri ditangguh.
Semalam, saya menulis:
Jika UMNO menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP sebelum Pilhan Raya Negeri Melaka, keberkesanan dan kemampuan bersama jentera Pilihan Raya mereka yang agak kuat sudah pasti bertambah berlipat kali ganda.
Kerjasama ini boleh dilakukan secara senyap, di mana Barisan Nasional dan Pakatan Harapan cuba mengelak daripada bertembung di banyak kerusi dan menumpukan sepenuhnya kekuatan masing-masing terhadap usaha melumpuhkan calon-calon kuasa ketiga.
Persoalannya, adakah langkah ini dapat mengukuhkan lagi UMNO, DAP dan PKR di Melaka dan menengelamkan terus Perikatan Nasional?
Inilah yang Kluster Mahkamah ingin ketahui, dan memandangkan perpecahan dalam UMNO Melaka tidak dapat diubati, Pilhan Raya Negeri merupakan langkah yang difikirkan perlu untuk menguji keberkesanan kerjasama antara UMNO, DAP dan PKR sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.
Bersambung…
WAJIB BACA:
MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI
