Krisis Pakatan Harapan: ‘Lompat katak’ antara PKR, AMANAH sebab ramai mula sokong Mahathir

Pagi tadi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata ketika parlimen mungkin bersidang tidak lama lagi, ada pihak yang berusaha mengumpan ahli parlimen pembangkang untuk bertukar sokongan. Sumber (gambar): Fail TTF

كريسيس ڤاكتن هارڤن: ءلومڤت كاتقء انتارا ڤقر، أمانه سبب راماي مولا سوكوڠ محضير

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Media hari ini digemparkan dengan laporan peralihan sekurang-kurangnya tiga lagi ahli dewan undangan negeri (ADUN) Johor dari AMANAH ke PKR.

Penyertaan ADUN-ADUN ini ke PKR dikatakan membabitkan Adun Senggarang Khairuddin A Rahim; Adun Serom Faizul Amri Adnan; dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit. 

Aksi lompat katak ini dipercayai berpunca daripada keretakkan hubungan antara PKR, DAP dan AMANAH susulan sokongan ramai ahli parlimen dari parti-parti itu terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut sumber, kumpulan yang bertindak keluar dari AMANAH terdiri dari penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti itu yang dikatakan menyokong Mahathir secara senyap.


PETALING JAYA: Media hari ini digemparkan dengan laporan peralihan sekurang-kurangnya tiga lagi ahli dewan undangan negeri (ADUN) Johor dari AMANAH ke PKR.

Penyertaan ADUN-ADUN ini ke PKR dikatakan membabitkan Adun Senggarang Khairuddin A Rahim; Adun Serom Faizul Amri Adnan; dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit.




Menurut Malaysiakini, perkara itu disahkan oleh Khairudin sendiri dan tiga sumber daripada PKR.

Aksi lompat katak ini dipercayai berpunca daripada keretakkan hubungan antara PKR, DAP dan AMANAH susulan sokongan ramai ahli parlimen dari parti-parti itu terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut sumber, kumpulan yang bertindak keluar dari AMANAH terdiri dari penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti itu yang dikatakan menyokong Mahathir secara senyap.

Ada juga yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan AMANAH yang enggan bekerjasama dengan UMNO, walaupun perkara ini masih tidak dapat disahkan lagi dan merupakan spekulasi semata-mata.

Ini pertukaran parti terbaru daripada Amanah ke PKR, setelah tahun lepas, dua Adun Amanah dari Selangor – Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar serta Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman – turut menyertai PKR.

Faizul melepaskan jawatan dalam Amanah tahun lepas selepas hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti di Johor. Dia memberitahu bahawa dia tidak lagi berminat menjadi calon PRU-15 untuk Amanah.

Tahun lepas, Mustain dipecat daripada parti kerana dikatakan melanggar perlembagaan parti.

Loading...

Pagi tadi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata ketika parlimen mungkin bersidang tidak lama lagi, ada pihak yang berusaha mengumpan ahli parlimen pembangkang untuk bertukar sokongan.

RJ RITHAUDEEN

Disunting daripada laporan Malaysiakini dan maklumat dalaman daripada sumber PKR, DAP

WAJIB BACA:

Anwar perlu segera jelaskan pengkhianatan besar-besaran ahli-ahli parlimen PKR

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...