Krisis PBM: Sng gantung tugas Hizwan, Zakaria, dakwa Zuraida bukan presiden parti

PBM ditubuhkan pada Nov 2021 dan Zuraida hanya menyertainya pada Mei lalu. Sebelum itu Zuraida merupakan ketua Wanita PKR sebelum menjadi naib presiden parti terbabit. Sumber (gambar): Fail TTF

كريسيس ڤبم: سڠ ڬنتوڠ توڬس هيزوان، زكريا، دعوا ذورايدا بوكن ڤريسيدن ڤرتي

Parti Bangsa Malaysia (PBM) kelihatan semakin ketara berdepan dengan krisis kepemimpinan ekoran beberapa perkembangan yang berlaku hari ini.

Pengasas parti itu, Larry Sng, mendakwa berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, dia masih memegang jawatan presiden, sekali gus menolak keputusan majlis tertinggi PBM yang mahu menggantikannya dengan Zuraida Kamaruddin.

Kata Sng, Zuraida tidak boleh menjadi presiden PBM kerana jawatan itu bukannya kosong ketika ini.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat politik sebegitu yang menjejaskan kepercayaan kepimpinan saya dan menimbulkan kekeliruan kepada ahli parti dan masyarakat umum,” katanya.


Parti Bangsa Malaysia (PBM) kelihatan semakin ketara berdepan dengan krisis kepemimpinan ekoran beberapa perkembangan yang berlaku hari ini.

Pengasas parti itu, Larry Sng, mendakwa berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, dia masih memegang jawatan presiden, sekali gus menolak keputusan majlis tertinggi PBM yang mahu menggantikannya dengan Zuraida Kamaruddin.




Dalam kenyataannya hari ini, Sng turut mengumumkan penggantungan jawatan dua tokoh penting PBM iaitu Hizwan Ahmad dan Zakaria Abdul Hamid.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Hizwan merupakan setiausaha agung PBM manakala Zakaria menjadi ketua penerangan parti berkenaan. Kedua-dua mereka dianggap sebagai orang kanan kepada Zuraida.

Penggantungan Hizwan dan Zakaria itu dibuat Sng berhubung peranan mereka meluluskan pelantikan Zuraida untuk menggantikan penyandang kerusi parlimen Julau tersebut.

PBM ditubuhkan pada Nov 2021 dan Zuraida hanya menyertainya pada Mei lalu. Sebelum itu Zuraida merupakan ketua Wanita PKR sebelum menjadi naib presiden parti terbabit.

Ketika Langkah Sheraton berlaku pada Feb 2020, dia merupakan salah seorang ahli parlimen PKR yang berpaling tadah sebelum menyertai Bersatu.

Penyandang kerusi parlimen Ampang itu bagaimanapun meninggalkan Bersatu untuk menyertai PBM pada 26 Mei lalu.

Pada mesyuarat agung tahunan PBM pada 1 Okt lalu, mereka meluluskan usul untuk melantik Zuraida mengambil alih jawatan Sng sebagai presiden parti.

Loading...

Mengulas mengenai keputusan tersebut, Sng kemudian berkata, proses sewajarnya perlu dilakukan bagi peralihan kuasa presiden kepada Zuraida.

“Sekadar mahu menjelaskan, sekiranya pilihan raya diadakan sebelum peralihan kuasa ini selesai, saya tetap akan menandatangani watikah calon pada PRU ke-15,” katanya.

Minta Sng hadir mesyuarat

Majlis Tertinggi PBM kemudian bermesyuarat pula pada 7 Okt dan mereka mengisytiharkan Zuraida sebagai presiden parti secara rasmi.

Dalam kenyataan hari ini, Sng mempertikaikan kesahihan keputusan mesyuarat majlis tertinggi itu, antara lain kerana ia bukan dipanggil oleh dirinya selaku presiden.

Sng juga berkata mesyuarat berkenaan diadakan semasa Belanjawan 2023 dibentangkan dan dimaklumkan mengenai keputusan mereka selepas itu.

Kata Sng, Zuraida tidak boleh menjadi presiden PBM kerana jawatan itu bukannya kosong ketika ini.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat politik sebegitu yang menjejaskan kepercayaan kepimpinan saya dan menimbulkan kekeliruan kepada ahli parti dan masyarakat umum,” katanya.

Sng juga menjelaskan penggantungan Hizwan dan Zakaria akan berkuat kuasa sehingga jawatankuasa tatatertib ditubuhkan untuk menyemak perkara itu selepas PRU berlangsung.

Sebagai pengganti, Sng berkata, dia melantik timbalan Hizwan, Jenny Chiew sebagai pemangku setiausaha agung PBM sepanjang tempoh tersebut.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan dan reaksi kepada penegasan Sng, Timbalan Presiden PBM, Haniza Talha – yang juga sekutu setia Zuraida – menggesa ahli politik terbabit menghadiri mesyuarat majlis tertinggi mereka pada 3 Nov ini.

Kata Haniza, semua soalan Sng mengenai keabsahan jawatan Zuraida sebagai presiden PBM akan dijawab pada pertemuan tersebut.

“Panggilan untuk mengadakan mesyuarat ini termaktub dalam Fasal 21 (1) Perlembagaan PBM yang membolehkan majlis tertinggi – atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli majlis tertinggi – untuk diadakan mesyuarat bagi menyelesaikan isu-isu tertentu,” katanya.

Sumber berita:

Tajuk:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...