Krisis Perak: Majlis Presiden PH didesak siasat cubaan singkir MB

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) didesak menyiasat dakwaan cubaan menggugat kestabilan kerajaan PH Perak. Sumber (gambar): BERNAMA

Ketua-ketua Bersatu Bahagian di Perak dalam satu kenyataan bersama hari ini meminta titah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa yang menyentuh spekulasi cubaan sebelum ini untuk menyingkirkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada jawatan Menteri Besar Perak perlu diberi perhatian serius oleh kepimpinan tertinggi PH.

“Biarpun kita meraikan perbezaan pandangan dan pendapat, kepimpinan tertinggi PH perlu mengambil serius perbuatan yang bersikap gunting dalam lipatan sehingga boleh menggugat kestabilan Kerajaan PH Perak.

Menurut kenyataan itu, kepimpinan Bahagian-Bahagian Bersatu di Perak mahu pihak dalam komponen PH negeri berhenti bermain politik dangkal yang tidak tahu membezakan urusan pentadbiran kerajaan dan parti.

Mereka berkata, setiap parti komponen PH di Perak perlu memberi perhatian untuk menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing supaya tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri dan sekali gus mengheret menteri besar dalam kemelut dalaman mereka.


IPOH: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) didesak menyiasat dakwaan cubaan menggugat kestabilan kerajaan PH Perak.

Ketua-ketua Bersatu Bahagian di Perak dalam satu kenyataan bersama hari ini meminta titah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa yang menyentuh spekulasi cubaan sebelum ini untuk menyingkirkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada jawatan Menteri Besar Perak perlu diberi perhatian serius oleh kepimpinan tertinggi PH.




Menurut mereka, tindakan tegas wajib diambil ke atas mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau pemimpin parti komponen PH di Perak yang bersikap seperti duri dalam daging.

“Biarpun kita meraikan perbezaan pandangan dan pendapat, kepimpinan tertinggi PH perlu mengambil serius perbuatan yang bersikap gunting dalam lipatan sehingga boleh menggugat kestabilan Kerajaan PH Perak.

“Kami menyokong penuh titah Raja Muda bahawa sebarang cubaan menggugat ketidakstabilan pentadbiran kerajaan negeri hingga membawa kepada spekulasi akan berlaku pilihan raya negeri adalah perkara yang membuang masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sebagai mengulas titah Raja Jaafar yang memuji Ahmad Faizal bersikap tenang serta tidak mudah melatah berdepan pelbagai kritikan.

Sementara itu, mereka berpendapat sewajarnya Ahmad Faizal dan pentadbiran kerajaan negeri diberi ruang untuk memberi perhatian kepada agenda pembangunan negeri dan menggerakkan usaha mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 seperti yang dititahkan Raja Jaafar.

Menurut kenyataan itu, kepimpinan Bahagian-Bahagian Bersatu di Perak mahu pihak dalam komponen PH negeri berhenti bermain politik dangkal yang tidak tahu membezakan urusan pentadbiran kerajaan dan parti.

Mereka berkata, setiap parti komponen PH di Perak perlu memberi perhatian untuk menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing supaya tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri dan sekali gus mengheret menteri besar dalam kemelut dalaman mereka.

Loading...

“Semua parti komponen perlu sedar hakikat tanpa gabungan kesemua komponen dalam PH dan sokongan dua ADUN Bebas, PH tidak akan mampu membentuk kerajaan negeri.

“Oleh itu, jangan sesekali ada pihak cuba mendabik dada bersikap besar kepala seolah-olah ‘abang besar’ dalam gabungan ini,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...