Krisis Perak: PAS khuatir UMNO bentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan, dakwa DAP ‘sangat rasis’

Kekalahan Ahmad Faizal di Perak dikaitkan dengan sekongkol antara DAP dan UMNO yang beberapa kali menyuarakan kerelaaan mereka untuk bekerjasama dalam pembentukan kerajaan baharu di Perak. Sumber (gambar): Fail TTF

كريسيس ڤراق: ڤاس خواطر امنو بنتوق كراجأن برسام ڤاكتن هارڤن، دعوا دڤ ‘ساڠت راسيس’

PAS makin khuatir akan berlaku gabungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di Perak dan menyeru pemimpin Melayu-Islam untuk tidak membenarkan DAP kembali berkuasa.

Setiausaha PAS Negeri Kelantan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi mendakwa, kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) telah menyaksikan Islam dicabar dan tercabar.

Menyentuh mengenai kerajaan baharu Perak yang bakal dibentuk, Abdullah menzahirkan rasa yakinnya PAS akan terus memainkan peranan agar DAP yang didakwanya “sangat rasis” tidak kembali ke tampuk kekuasaan.

Sebelum ini, Setiausaha-Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa PAS tidak akan terlibat dalam usaha membentuk kerajaan baharu di Perak.

Dua hari kemudian, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man membuat pusingan U apabila menyuarakan kerelaan PAS untuk berunding dengan ‘parti lain’ dalam soal pembentukan kerajaan.


IPOH: PAS makin khuatir akan berlaku gabungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di Perak dan menyeru pemimpin Melayu-Islam untuk tidak membenarkan DAP kembali berkuasa.

Setiausaha PAS Negeri Kelantan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi mendakwa, kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) telah menyaksikan Islam dicabar dan tercabar.




Menyentuh mengenai kerajaan baharu Perak yang bakal dibentuk, Abdullah menzahirkan rasa yakinnya PAS akan terus memainkan peranan agar DAP yang didakwanya “sangat rasis” tidak kembali ke tampuk kekuasaan.

Sebelum ini, Setiausaha-Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa PAS tidak akan terlibat dalam usaha membentuk kerajaan baharu di Perak.

Takiyuddin berkata demikian tidak lama selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Daripada 59 ADUN, hanya 10 menyokong manakala 48 lagi membantah dan satu undi rosak dalam undi belah bahagi ditetapkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Dua hari kemudian, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man membuat pusingan U apabila menyuarakan kerelaan PAS untuk berunding dengan ‘parti lain’ dalam soal pembentukan kerajaan.

Kekalahan Ahmad Faizal di Perak dikaitkan dengan sekongkol antara DAP dan UMNO yang beberapa kali menyuarakan kerelaaan mereka untuk bekerjasama dalam pembentukan kerajaan baharu di Perak.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...