Krisis Perlis: SPRM tunggu apa lagi, mulakan siasatan – Puad Zarkashi

Sumber (gambar): Scoop

(Malaysia Gazette): Pendedahan Presiden Pas bahawa krisis politik di Perlis berpunca daripada beberapa projek di negeri itu harus segera mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa perkara itu dipercayai antara faktor yang membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi menegaskan, SPRM perlu segera memulakan siasatan kerana ia melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Menurut (Tan Sri) Hadi, isu berkaitan projek di Perlis punca krisis politik sehingga berlaku menarik sokongan dan Mohd Shukri Ramli terpaksa letak jawatan sebagai Menteri Besar. 

“Projek banyak sangat. Projek tak ikut peraturan pula, salah. Di sebaliknya ada rasuah. SPRM tunggu apa lagi. Mulakanlah siasatan,” kata Puad dalam hantaran di Facebook, hari ini.


KUALA LUMPUR: Pendedahan Presiden Pas bahawa krisis politik di Perlis berpunca daripada beberapa projek di negeri itu harus segera mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa perkara itu dipercayai antara faktor yang membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.




Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi menegaskan, SPRM perlu segera memulakan siasatan kerana ia melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Menurut (Tan Sri) Hadi, isu berkaitan projek di Perlis punca krisis politik sehingga berlaku menarik sokongan dan Mohd Shukri Ramli terpaksa letak jawatan sebagai Menteri Besar.

“Projek banyak sangat. Projek tak ikut peraturan pula, salah. Di sebaliknya ada rasuah. SPRM tunggu apa lagi. Mulakanlah siasatan,” kata Puad dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Abdul Hadi mendedahkan banyak projek besar di Perlis tidak mengikut peraturan.

“Projek banyak sangat. Projek tak ikut peraturan pula, salah. Di sebaliknya ada rasuah, di sebaliknya ada macam-macam.

“Dia (Shukri) tak boleh ikut. Saya tak perlu sebutlah siapa dia. Jadi bila kuat tekanan, kita terpaksa bertindaklah,” katanya dalam sidang media di Rusila.

Puad secara sinis berkata, Perlis adalah negeri kecil dan hasilnya pun kecil tetapi kalau tidak pandai tadbir, apa lagi mahu mentadbir negara.

Loading...

Oleh itu, katanya, jangan ambitious (bercita-cita tinggi) sangat.

Krisis politik di Perlis tercetus selepas lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – tiga daripada Pas dan lima daripada Bersatu menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menarik sokongan terhadap Mohd Shukri.

Susulan itu, Pas memaklumkan keahlian tiga ADUNnya terhenti serta-merta iaitu ADUN Chuping, Saad Seman; ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail; dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Yang di-Pertua DUN Perlis, Rus’sele Eizan kemudiannya mengumumkan kekosongan luar jangka di ketiga-tiga DUN berkenaan.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...