KRISIS PH-BN – PERUBAHAN BESAR POLITIK NEGARA DALAM TEMPOH KURANG 6 BULAN

“Zahid tidak kisah asalkan beliau kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri, barangkali sehingga kes mahkamahnya selesai. Saksıkan juga penjelasannya menerusi video di dalam artikel atau di You Tube Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI)”

Raggie Jessy Rithaudeen

كريسيس ڤه-بن – ڤروبهن بسر ڤوليتيك نڬارا دالم تيمڤوه كورڠ 6 بولن

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin lain dari Barisan Nasional (BN) mendapat maklumat risikan bahawa gabungan itu tidak akan berjaya membentuk kerajaan tanpa bantuan parti lain.

Menurut maklumat risikan yang saya terima, penolakkan besar-besaran terhadap kepimpinan Zahid dan faktor rasuah yang menyelubungi UMNO akan menjadi punca utama kekalahan, di samping kegagalan kerajaan pimpinan UMNO menyelesaiakan masalah kos sara hidup yang menggila.




Sabotaj besar-besaran jentera pilihan raya juga diramalkan di banyak kawasan, dan ini dikaitkan dengan rasa tidak puas hati yang memuncak terhadap pentadbiran kuku besi Zahid.

Artikel bersambung di bawah video ini:

Meskipun begitu, saya difahamkan bahawa Zahid menyasarkan BN mampu menang di sekitar 60 kerusi parlimen, dan beliau mencapai kesefahaman tidak rasmi dengan GPS (Sarawak) berhubung kerjasama BN-GPS selepas PRU15.

Sasaran Zahid mudah –  jika BN menang sekurang-kurangnya 60 kerusi, dan jika GPS menang 25 kerusi, jumlahnya akan menjadi 85 kerusi, mungkin lebih.

Dengan 85 kerusi ini, Zahid yakin majoriti ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak (termasuk dari GRS) akan menyokong Barisan Nasional dan perdana menteri dari gabungan itu.

85 kerusi ini juga akan memberikan Zahid ‘peluru’ untuk berlagak kepada akar umbi UMNO, kononnya beliau berjaya membawa BN ke tahap yang lebih selesa berbanding Pilihan Raya Umum ke-14.

Loading...

TONTON LIVE ASAL YANG MENJELASKAN ARTIKEL INI DI SINI

Berbekalkan keyakinan ini, Zahid mula mencantas mereka yang membongkarkan segala penipuannya, termasuk Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Zahid juga merestui tindakan Datuk Seri Mohamad Hasan ‘merampas’ kubu kuat Khairy Jamaluddin dan memberikan Khairy kawasan yang sukar untuk dimenangi dan tidak diingini oleh calon-calon lain.

Kesemua ini akhirnya membawa padah kepada Zahid sendiri – bukan hanya BN mencatatkan prestasi terburuk dalam sejarah, Zahid hampir tidak menang di kubu kuatnya sendiri dan berhempas pulas untuk mempertahankan kedudukannya.

Apabila keputusan rasmi diumumkan, BN hanya memperolehi 30 kerusi di peringkat parlimen, dan Zahid sendiri menang dengan majoriti tipis meskipun bergelar presiden UMNO.

Terdesak, Zahid terpaksa membantu menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dengan memperdaya Yang Di-Pertuan Agong ahli-ahli parlimen BN (BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI).

Sebagai balasan, Anwar memilih Zahid sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM), jawatan yang sememangnya diidamkan oleh Zahid andai kata Anwar menjadi perdana menteri.

Terus terang, jawatan TPM ini amat penting buat Zahid, dan untuk mengekalkan jawatan ini, Zahid tahu dia wajib kekal sebagai presiden UMNO.

Anwar juga ingin Zahid kekal sebagai presiden UMNO, kerana jika Zahid tumbang, tiada jaminan bahawa BN akan kekal bersama kerajaan.

Sekiranya BN beralih sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), GPS sudah pasti turut serta, dan begitu juga GRS.

Disebabkan itu, Anwar menyokong sebarang usaha untuk mengekalkan kedudukan Zahid sebagai presiden UMNO, dan atas sebab yang sama juga, orang-orang Mohamad Hasan mengusulkan larangan pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Usul ini akhirnya diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO, namun ianya melanggari perlembagaan parti dari pelbagai sudut, termasuk sudut penguatkuasaan.

Pendek kata, perlembagaan UMNO memberi hak kepada semua ahli aktif untuk menamakan diri sebagai calon presiden, dan tidak ada sebarang ketetapan yang boleh mengatasi hak ini melainkan perlembagaan UMNO dipinda.

Zahid tahu perkara ini.

Disebabkan itu, apabila beberapa ahli UMNO memfailkan bantahan di RoS, Zahid cepat-cepat merujuk kepada “kitab undang-undang rimbanya” dan mencantas merka yang berpotensi mengalahkannya.

Namun, tindak tanduk Zahid ini tidak disukai oleh ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH), dan saya diberitahu bahawa Anwar sendiri tidak puas hati atas sebab-sebab berikut:

1. Misi asal Anwar adalah untuk menjadikan UMNO sekutu tegar PKR, supaya PKR boleh mendapat manfaat daripada saki baki penyokong UMNO, sekalipun jumlahnya kurang daripada 20 peratus penyokong asal.

2. Pada PRU15, UMNO hilang terlalu banyak kawasan putih (kawasan penyokong tegar), dan berdasarkan tinjauan, lebih ramai meminggirkan UMNO setelah Zahid berdamping dengan Anwar dan DAP.

3. Biarpun begitu, UMNO dijangka masih mampu ‘menyumbang’ sekurang-kurangnya 15 peratus daripada penyokong asalnya kepada PKR atau PH pada Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum.

4. Namun, disebabkan Zahid terdesak untuk kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau menggunakan “undang-undang rimba” untuk mencantas sesiapa sahaja yang mampu mengambil alih tampuk kepimpinan parti daripadanya.

5. Langkah ini sudah pasti memarahkan saki baki penyokong UMNO, dan mereka yang dicantas bukan calang-calang orangnya.

6. Ini semestinya akan memudaratkan PH, kerana saki baki penyokong UMNO dijangka akan atau sudah pun beralih sokongan kepada PN.

7. Pendek kata, hampir kesemua pengundi Melayu-Islam kini meluat terhadap UMNO, dan mereka akan menggunakan segala peluang yang ada untuk meluahkan rasa dendam terhadap UMNO, termasuk menerusi peti undi.

8. Ini sahaja sudah cukup untuk menyedarkan ahli-ahli parlimen UMNO bahawa mereka tidak ada masa depan dalam UMNO.

9. Ahli-ahli parlimen ini tahu, bahawa jika mereka terus kekal bersama UMNO, pengundi Melayu-Islam akan menggelar mereka pengecut atau “tali barut Zahid” dan meminggirkan mereka.

10. Atas sebab itulah wujud risiko pengunduran besar-besaran ahli-ahli parlimen UMNO dari parti itu.

11. Andai kata 10 ahli parlimen keluar UMNO dan memasuki PN – sudah pasti kerusi Dewan Rakyat yang dikosongkan akan menjadi milik PN selepas Pilihan Raya Kecil.

12. Ini akan menjadikan jumlah perolehan kerusi PN sebanyak 84 kerusi, dan jumlah ini melebihi jumlah perolehan kerusi PH pada PRU15.

13. Cuba fikir, adakah GPS dan GRS akan kekal bersama UMNO yang dibenci hampir seluruh rakyat Malaysia, atau adakah GPS dan GRS akan ikut rentak “orang-orang kuat UMNO” dan beralih sokongan kepada PN atau GTA?

14. Bukankah PN mampu membentuk kerajaan yang jauh lebih stabil berbanding PH sekiranya 10 atau lebih “orang kuat UMNO” duduk sekali bersama Bersatu, PAS dan Gerakan di bawah bumbung yang sama?

Inilah yang ditakuti pemimpin-pemimpin PH.

Zahid sedar semua ini, namun beliau tidak kisah asalkan beliau kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri, barangkali sehingga kes mahkamahnya selesai.

Pada hemat saya, apa yang berlaku selepas itu tiada dalam pertimbangan Zahid, dan ini merupakan satu risiko yang cukup besar buat Anwar.

Pendek kata, Anwar tidak ada pilihan selain menjadikan Zahid Timbalan Perdana Menteri, namun, pilihan inilah yang akan menjadi punca Anwar hilang kuasa, dan Anwar tidak dapat berbuat apa-apa selain menunggu saat keruntuhan kerajaan pimpinannya.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...